View: 15744|Reply: 290
|
Salah Guna Dadah, Gadis Pandu Lawan Arus Mengaku Tak Bersalah
[Copy link]
|
|
Remaja perempuan yang didakwa memandu arah bertentangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Permatang Pauh hingga mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa kerana penyalahgunaan dadah.
Model sambilan itu yang dikenali sebagai Ng Pei Ven, 19 didapati positif dadah ketika menjalani ujian di Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai kira-kira pukul 5 petang, Selasa lalu.
Namun demikian, suspek mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengambil amphetamin di mahkamah majistret pada hari ini.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.
Majistret Jamiliah Abdul Manap menetapkan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin dan 12 Mei untuk tarikh sebutan kes.
Pei Ven juga disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.
Bagaimanapun, hakim menolak permohonan menggantung lesen memandu tertuduh kerana pendakwaan hari ini dilakukan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain menetapkan 12 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi Selasa lalu, Pei Ven memandu melawan arus dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth, Lebuhraya Utara-Selatan, sebelum merempuh sebuah PERODUA Kelisa dan menyebabkan kematian pemandunya, Mohamad Fandi Rosli, 26 tahun.- CARI
sumber foto: mstar
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia ngaku jatuh hukum terus, xngaku tunda pastu ikat jamin. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni takde baju lain ke..baju masa kejadian gak dia pakai
|
|
|
|
|
|
|
|
Syabu laaa ni.....si kuning ngan syabu berpisah tiada.... |
|
|
|
|
|
|
|
dgn bau hancing, cirit melekat...
OKu la katakan, mana tau semua ni
|
|
|
|
|
|
|
|
adalah tu peguam dah ajar. kalau mengaku salah, tentu2 selesai kau terus kena hukum plk nnti. mengaku tak bersalah, boleh dijamin.ada tempoh perbicaraan.
dapat peguam yg pandai belit itu ini silap2 slesai. |
|
|
|
|
|
|
|
yang mati tu penunggang motosikal ker pemandu kelisa?
bukti clear2 ckap ko ambik kan..hope pendakwaan kene kuat n try yakinkan hakim ni supaya amoi oku ni dpt hukuman yg setimpal... |
|
|
|
|
|
|
|
Of course lah defence counsel nasihatkan jangan PG. |
|
|
|
|
|
|
|
WhiskeyScotch replied at 17-3-2017 04:46 PM
Of course lah defence counsel nasihatkan jangan PG.
PG kang,straight cut verdict dapat diendorse order accordingly. Tak dapek la defence council membiak ternakkan duit sebanyaknya nanti |
|
|
|
|
|
|
|
WhiskeyScotch replied at 17-3-2017 04:46 PM
Of course lah defence counsel nasihatkan jangan PG.
WS, if i am not mistaken you were former criminal lawyer kan? Correct me if i am wrong |
|
|
|
|
|
|
|
WhiskeyScotch replied at 17-3-2017 04:46 PM
Of course lah defence counsel nasihatkan jangan PG.
Kalo ujian air kencing positif dadah boleh lari ker?? Peguam memang nak ketuk duit kerjanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu baru satu sudut, Wana. Satu bukti macam tu belum cukup conclusive untuk sabitkan kesalahan OKT.
|
|
|
|
|
|
|
|
WhiskeyScotch replied at 17-3-2017 05:09 PM
Yes, betul.
Lovely.
Macam kes ni kan,is there any possibilities to convict the accused under murder?or maybe under 299 PC? Obviously ada mens rea di situ eventhough bukan explicitly she wants to commit the act. Mens rea is not only intention only but to include knowledge. Of kos la takkan dia tak tahu memandu menentang arus boleh membahayakan nyawa malah boleh tahap membunuh nyawa.
Whats say u,sis? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
WhiskeyScotch replied at 17-3-2017 05:13 PM
Itu baru satu sudut, Wana. Satu bukti macam tu belum cukup conclusive untuk sabitkan kesalahan OKT ...
Criminal case ni burden of proof on PP is beyond reasonable doubt. Nak lepas BEYOND tu alahai..tu pasal byk kes okt lepas hanya sebab teknikal semata.
Kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Deidra replied at 17-3-2017 05:14 PM
Lovely.
Macam kes ni kan,is there any possibilities to convict the accused under murder?or mayb ...
Good argument sis.... xpernah terfikir perspektif mcm nih utk kaitkan dgn tuduhan membunuh....
Harap mod bleh pantau bagi kredit kat input2 mcm nih |
|
|
|
|
|
|
|
Okeyh macam ni sis Deidra.
Jenayah yang dilakukan oleh OKT jelas secara spesifik merupakan jenayah yang melibatkan kemalangan jalan raya dan membawa kepada kematian. Dalam konteks ini, sudah terdapat akta yang spesifik untuk jenayah yang melibatkan kemalangan jalan raya iaitu Akta Pengangkutan Jalan 1987. Oleh sebab itu, DPP akan refer kepada akta spesifik ini dari PC.
Plus, I believe DPP sudah timbang tara pertuduhan yang mana yang lebih mudah untuk 'convict' the accused.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya ada break chain of evidence dalam bukti yang dibawa oleh DPP. Sebab tu DPP boleh kalah kes yang dibawa. For your info, bukan mudah ye nak convict the accused. Nampak mudah tapi tak mudah. Banyak factor yang diambil kira. Dalam hal ni, criminal procedures sangat penting. Jangan pandang enteng pada procedure.
Tugas DPP memang tak dinafikan berat sebab DPP bergantung pada IO. Kalau IO buat kerja cincai hahahaha hazablah jadinya buat DPP tersebut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|