CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3329|Reply: 29

[Tempatan] Penduduk di Rembau cemas, pertama kali kampung dilanda banjir

[Copy link]
Post time 21-3-2017 11:37 AM | Show all posts |Read mode
REMBAU: "Ini sesuatu yang tidak dijangka kerana tidak pernah alami sejak tinggal di sini 48 tahun dulu."

Fuziah Alias, 63, antara mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Batu di sini berkata kejadian itu berlaku dengan amat pantas dan hanya disedari ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh.

"Hujan sangat lebat pada masa itu seawal pukul 5.30 pagi tadi. Saya tidak sempat menyelamatkan barangan yang saya anggarkan kerosakannya mencecah RM10,000.
"Walaupun begitu, saya reda dengan kejadian ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Seramai 200 penduduk di Kampung Batu dan Kampung Pulai di sini terjejas akibat banjir kilat itu yang mencecah ketinggian 0.62 meter tetapi tiada pusat pemindahan dibuka selepas air surut kira-kira pukul 10.30 pagi Isnin.

Banjir kilat itu berpunca daripada hujan lebat sejak malam tadi, sekali gus menyebabkan air Sungai Rembau melimpah.

Ainul Hasni Abu Hassan, 52, juga dari Kampung Batu berkata kejadian itu disedarinya sekitar 7 pagi.

"Ini adalah rumah mak saya dan hujan lebat berlaku antara pukul 5.30 dan pukul 7 pagi, air mula naik hingga ke paras lutut ke dalam rumah dan kami tidak sempat berbuat apa-apa," katanya.

Bencana itu turut mendapat perhatian Anggota Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang bergegas dari Putrajaya ke Rembau bagi melihat sendiri mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Batu.

Dalam lawatan sejam itu, Khairy berkata pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberi bantuan sewajarnya kepada lebih 40 pemilik rumah yang terjejas di dua kampung iaitu Kampung Batu dan Kampung Pulau, esok.

Turut turun padang ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota yang juga Yang DiPertua DUN Negeri Sembilan Datuk Dr Awaluddin Said. -- Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 11:51 AM | Show all posts
banjir di mana2
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Padahal empangan kene bukak sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebut Rembau ni 2 jea akak tingat...

1. Kj
2. @syd

#RembauMostWanted
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:09 PM | Show all posts
Victorioussss replied at 21-3-2017 11:58 AM
Padahal empangan kene bukak sikit.

banjir kerana empangan melimpah ke ni?


sian mangsa banjir, barang rosak, nak mengemas lagi,bekas banjir dengan air2 tanah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:18 PM | Show all posts
Aku balik kg lalu sinilah...
dpt gak kat fb smlm psl bnde nih...
harap2 umah mak aii idok le dilanda banjir
blkg tu dhle sawah sllu jek air byk klu hujan lebat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2017 12:19 PM | Show all posts
surwanis replied at 21-3-2017 12:18 PM
Aku balik kg lalu sinilah...
dpt gak kat fb smlm psl bnde nih...
harap2 umah mak aii idok le dilan ...

telepon mak kau, tanya dia, apa punya anak la kau ni, melalak dalam forum apa dapat?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
OK la tu, sllalu nogori kemarau Dan Panas nuraka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 12:23 PM | Show all posts
bongok la dah tahu mak duk area banjir, kau relax berharap kat forum rumah mak kau tak naik air.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:24 PM | Show all posts
viruskecik replied at 21-3-2017 12:19 PM
telepon mak kau, tanya dia, apa punya anak la kau ni, melalak dalam forum apa dapat?

i kinda agree with this

tapi mungkin maksud dia jgnla naik air, lebih kpd berharap. Skrg tak naikla.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:26 PM | Show all posts

ntah apa apa kan anak cam ni, harap harap, harap harap.





Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:28 PM | Show all posts
Star_el replied at 21-3-2017 12:24 PM
i kinda agree with this

tapi mungkin maksud dia jgnla naik air, lebih kpd berharap. Skrg tak ...

ala, kalau dia call mak dia, mesti dia post, "semalam dpat je tahu rembau banjir, aku terus call mak, alhamdulillah rumah dia ok selamat, tak nak air."





Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:34 PM | Show all posts
zaman global warming uols...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:40 PM | Show all posts
viruskecik replied at 20-3-2017 04:19 PM
telepon mak kau, tanya dia, apa punya anak la kau ni, melalak dalam forum apa dapat?

weyh...dua mgu dh aku tepon mak aku...tepon nye rusak la maklumla musin ujan...prob.jek line tepon
aku xde la nak melalak bagai bongok
bgtau jek

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:45 PM | Show all posts
Star_el replied at 20-3-2017 04:24 PM
i kinda agree with this

tapi mungkin maksud dia jgnla naik air, lebih kpd berharap. Skrg tak ...

haah...inshaallah xnaik...gpun area nye jauhhh sgt dr tempat kejadianaku lalu jek kwsn situ nak blik kg..


ade lak malaun sentap...otak kecik mmg cepat sentap...aku phm disitu
menyampah aku,..huhu

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:46 PM | Show all posts
surwanis replied at 21-3-2017 12:40 PM
weyh...dua mgu dh aku tepon mak aku...tepon nye rusak la maklumla musin ujan...prob.jek line tepon ...

pi start kereta, tak pun naik bas, balik tgk mak kau. dah tak dapat contact 2 minggu lagi kau relax berforum kat sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 12:47 PM | Show all posts
surwanis replied at 21-3-2017 12:45 PM
haah...inshaallah xnaik...gpun area nye jauhhh sgt dr tempat kejadianaku lalu jek kwsn situ nak bl ...

memang aku sentap dengan lembu2 tak dapat jaga mak sendiri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 01:03 PM | Show all posts
Semoga KJ selamat

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 01:56 PM | Show all posts
viruskecik replied at 21-3-2017 12:19 PM
telepon mak kau, tanya dia, apa punya anak la kau ni, melalak dalam forum apa dapat?

hahahhaha...walaupun ayat ko nampak kurang hajar..tapi aku setuju ngn ayat ko...hhahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
surwanis replied at 21-3-2017 12:40 PM
weyh...dua mgu dh aku tepon mak aku...tepon nye rusak la maklumla musin ujan...prob.jek line tepon ...

pakai hanphone la..beli kan mak ko satu handphone..jgn nak harap kan landline je..   
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.069852 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list