CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11601|Reply: 77

Tidak suka kongsi gambar anak berlebihan di laman sosial - fahrin ahmad

[Copy link]
Post time 24-3-2017 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Selepas berumah tangga dan bergelar bapa kepada seorang cahaya mata, nama pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad agak sepi dari bidang lakonan.
Bukan tiada tawaran berlakon, sebaliknya, Fahrin,38, memperlahankan aktiviti seninya selama enam bulan sejak kelahiran anak sulungnya, Khalifa Fahrel pada 29 September tahun lalu.
“Saya baru bergelar bapa dan pastinya saya tidak mahu terlepas melihat anak sulung kami ini membesar depan mata pada peringkat awal usianya.
“Sepanjang tempoh berehat itu, saya membantu isteri Elena Hani Eleas sejak awal kehamilan hinggalah dia selamat melahirkan anak kami,” katanya.
Fahrin juga berkongsi pengalaman ketika menjaga anaknya itu yang kini berusia enam bulan.
“Pada peringkat awal, saya terpaksa bangun tengah malam untuk menukar lampin pakai buangnya. Kini, apabila dia berusia enam bulan, saya terpaksa berjaga jam 12 tengah malam pula kerana dia mengajak saya bermain dengannya pula,” katanya.
Fahrin berkata, dia juga mahukan isteri memberi fokus pada anak mereka yang masih kecil.
“Bayi kami juga menyusu badan sepenuhnya dan kalau boleh, saya memang tidak tidak mahu anak kami dijaga pengasuh.
“Sebab itu, saya tidak kisah isteri berhenti kerja untuk memberi sepenuh perhatian pada anak kami di rumah,” katanya.
Fahrin dan Elena berkahwin pada tanggal 9 Mei 2015 di Pusat Konvensyen Sime Darby Mont Kiara, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, kata pelakon yang menempa nama menerusi filem Pilot Cafe ini, banyak program dan drama lakonannya akan ditayangkan sempena Ramadan nanti.
Kali terakhir dia berlakon menerusi drama Kerana Anisa bergandingan dengan Zara Zya tahun lalu.
“Saya percaya masih boleh bertahan selepas 15 tahun berkecimpung dalam bidang seni. Saya juga banyak terbabit sebagai hos dalam program TV antaranya Mencari Ramli dan Bakat Luar Biasa.
“Selain itu, ada tiga projek telefilem dan drama bersiri yang menanti tarikh tayangan di kaca TV pada tahun ini,” katanya.

Tidak suka kongsi gambar anak berlebihan di laman sosial
Jika ramai selebriti lain membuka akauan Instagram anak mereka, Fahrin pula hanya berkongsi gambar Khalifa Fahrel di Instagram apabila perlu saja.
Fahrin berkata, dia juga tidak mahu memuat naik gambar anaknya di Instagram secara berlebihan.
“Anak saya juga tidak mempunyai akaun Instagram sendiri. Jika peminat mahu melihat perkembangan anak, mereka boleh melihatnya di Instagram saya dan isteri.
“Kami juga akan mempertimbangkan kalau ada pihak yang berminat untuk mengambil anak kami menjadi model, duta dan sebagainya,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2017 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Isteri dia nampak tua makeup camtu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Cam mona fandy
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa muka menakutkan. Macam menyeringai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut makeup naturel sajork. Dah lawa dah dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mekap over terus x lawa jadinye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2017 12:01 PM | Show all posts
GILER COMEI ANAKNYA....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Taknak buat IG anak sudah. Marhaen yang anak dalam perut pun dah ada IG tau. Counting moments katanyerrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2017 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel fahrel
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dua dua nampak tua tapi ada baby kecik
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dua dua nampak tua tapi ada baby kecik
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:10 PM | Show all posts
i suka u abam fahrin dulu kini dan selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:12 PM | Show all posts

hadoiii ko ni dik andy..br iols tersengih2 tgk kecomelan anak deyols..tetibe bc komen ni scroll blk atas mmg ye ada sikit bila sengih mcmtu


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:24 PM | Show all posts

omg, yeah, i was thinking the same
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Fahrel : FAH rin + EL ena
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kacaknya papa fahrel....huhu...fahrel cute cam papa dia....mgkn wife dia tk fotogenik kot....dlm.gmbr nmpk tk lawa...or maybe sbb makeup yg over..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2017 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
acah acah humble ,,, semua artis begitu
hujung2 ... mesti ada statement berbaur begini

“Kami juga akan mempertimbangkan kalau ada pihak yang berminat untuk mengambil anak kami menjadi model, duta dan sebagainya,” katanya.
''
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 01:05 PM | Show all posts
onexox97 replied at 24-3-2017 12:06 PM
dua dua nampak tua tapi ada baby kecik

dah kahwin lambat.... macam tu lah jadinya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka lakibini ni sbb dedua matang cool and humble
Slalu tgk insta depa.... Comeyyyy anak Fahrin Elena nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 24-3-2017 12:12 PM
hadoiii ko ni dik andy..br iols tersengih2 tgk kecomelan anak deyols..tetibe bc komen ni scroll bl ...

Betul kn kak? X kutuk tapi nmpk cam sama  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akku7887fddbhatt ji
Views : 0 Replies : 0
prateek dalla
akku7887fdprateek dalla
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji bol lala
akku7887fdbhatt ji bol lala
Views : 1616 Replies : 0
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta
ultra78Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPR
Views : 11990 Replies : 6
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 33648 Replies : 9
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang.
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 36803 Replies : 72
travel
c.arlos.adaru.stravel
Views : 3739 Replies : 0
travel
c.arlos.adaru.stravel
Views : 3740 Replies : 0
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 12703 Replies : 12
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277858 Replies : 1520

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.054498 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list