View: 2639|Reply: 8
|
Bagaimana Menanam Impian Ketika Semangat Makin Hilang?
[Copy link]
|
|
Setiap orang pasti ada IMPIAN. Cuma cara mereka menanam IMPIAN itu sahaja yang berbeza-beza. IMPIAN tidak boleh menjadi kenyataan begitu sahaja tanpa melalui proses metamorfosis bagi menjadikannya pohon IMPIAN yang dewasa dan kukuh.
Hakikatnya, sebelum menjadi pohon IMPIAN nan rimbun dan berbuah baik (tidak busuk), impian itu hanyalah biji benih yang lemah. Tanpa penjagaan yang rapi, biji benih IMPIAN tidak akan berubah menjadi pohon. Impian yang sukses ialah IMPIAN yang mendapat penjagaan baik daripada pemiliknya.
FASA 1: POHON IMPIAN AWAL YANG TERLALU MATERIALISTIK
Sewaktu saya remaja, saya diajar tentang cara menulis beberapa IMPIAN dan tampal di dinding atau siling agar mudah dilihat. Saya sendiri menampal kertas IMPIAN atau ‘Goal’ saya itu di lantai katil double decker (asrama) kerana katil saya di bawah. Jadi, mudahlah saya membaca IMPIAN saya setiap kali sebelum tidur.
Apa yang saya ingat ialah saya letak IMPIAN mendapat kerja, membeli kereta, rumah, melancong dan beberapa hal berkaitan material yang lain lengkap dengan tahun untuk dicapai.
Alhamdulillah saya berjaya mencapai hampir kesemua IMPIAN saya pada jangka masa yang ditetapkan termasuk BONUS kahwin. Setelah selesai Fasa 1 membina IMPIAN, saya beralih ke Fasa 2 kerana semangat saya sentiasa berkobar-kobar untuk mencipta IMPIAN demi IMPIAN.
FASA 2: IMPIAN YANG JELAS MUDAH DIKENAL PASTI DAN DICAPAI
Sekitar usia 30-an, saya memasang IMPIAN untuk hidup bebas hutang. Ada satu peristiwa besar yang telah membuatkan saya gemarkan perkataan itu dan berusaha mempelajari strateginya. Meskipun saya tahu ia bukanlah sesuatu yang begitu realistik.
Seterusnya, saya memasang IMPIAN untuk meninggalkan kota dan kembali ke kampung halaman pada usia saya 45 tahun. Tidak sedikit ujian yang telah saya harungi. Jika dikenang, memang mustahil untuk saya hidup bebas hutang pada usia 45 kerana telah ‘berjaya’ mencipta hutang bernilai RM2 juta lebih pada usia saya 42 tahun. Tahniah buat diri sendiri kerana berjaya menjadi ‘sengal’ buat seketika.
Pada usia 42-43 tahun itu juga telah berlaku beberapa tsunami besar dalam hidup saya. Dengan gempa 10.0 skala Richter, hidup saya melambung setinggi pohon kelapa sebelum terhempas ke bumi. Mujur saya dah ada persediaan “tilam empuk” jadi tak lah hidup saya pecah-berderai.
Pelik tetapi benar, tsunami itu rupa-rupanya telah membawa saya mendarat ke tanah impian saya dengan ‘smooth landing’. Mujur juga semangat saya tidak hilang.
FASA 3: POHON IMPIAN YANG MAMPU BERIKAN NIKMAT SEBUAH KEBAHAGIAAN
Kini pada usia saya 45, saya sudah berjaya membebaskan diri daripada beban stres dan hutang kereta atau rumah. Cuma sekali sekala hutang bil telefon dan wifi yang terlajak sebulan dua.
Untuk menampung kos sara hidup, saya bekerja sendiri dengan membuat majalah online (123mamanet.com), mengedit, menterjemah, menulis iklan (online dan offline khususnya fb ads) dan segala kerja berkaitan dengan penulisan yang termampu saya lakukan.
Saya memilih hidup sederhana dengan menetap di tanah sendiri, tidak membandingkan hidup saya dengan orang lain dan saya tidak mengejar kekayaan atau material lagi. Tahap kesihatan saya pun sudah semakin baik dan saya tak boleh membayangkan bagaimana keadaan saya jika saya masih berada di tempat lama dulu.
Foto: Carian Internet
Kesimpulannya, setiap pohon IMPIAN yang kita tanam, bukan mudah untuk kita nikmati buahnya dan selalunya tidak semanis atau sesempurna yang kita harapkan. Ia pasti akan ada ‘hick-up’ di sana sini. Andai anda dapat merasai walau satu daripada hasilnya, itu sudah cukup baik.
ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI SOALAN INI: "MENGAPA IMPIAN SAYA BELUM TERCAPAI?"
Jika anda masih belum mencapai IMPIAN anda, saya cadangkan anda membuat senarai semak dan jawap soalan-soalan di bawah dengan jujur.
1. Adakah anda menanam pohon IMPIAN anda dengan penuh kasih sayang?
Benih IMPIAN ditanam di dalam sebuah bekas khas lalu disirami dan dibajai dengan tekun. Ia tidak dibiarkan begitu sahaja.
2. Adakah anda menanam pohon IMPIAN anda tetapi tidak menjaganya dengan baik?
Benih IMPIAN ditanam di dalam sebuah bekas lalu ditinggalkan begitu saja hingga anda terlupa yang anda pernah menanam sebuah IMPIAN.
3. Adakah anda tidak menghiraukan IMPIAN anda dan mencampaknya begitu sahaja?
Benih IMPIAN ini dibiarkan begitu sahaja dan anda tidak pernah mengambil tahu ke mana benih itu sudah tercampak.
Foto: Herman Damar
Usah perkecilkan impian diri sendiri atau IMPIAN orang lain. Hiduplah dengan pohon IMPIAN masing-masing kerana ia adalah sebahagian daripada warna-warni kehidupan. Bahkan anda perlu sedar bahawa IMPIAN saya tidak semestinya indah buat anda. Begitulah sebaliknya.
Akhir kata, bergembiralah dengan IMPIAN yang telah dicapai. Usah fikirkan IMPIAN yang gagal dan berusahalah membina IMPIAN baru tanpa pernah hilang semangat!
Salam hormat,
Liza Ali
Fb: Liza Ali Penulis
Email: [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
pkongsian yang bagos. byk lagi impian saya yg belum tercapai. semoga dipermudahkan |
|
|
|
|
|
|
|
saya nak bebas hutang..hmm sukarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Cool...good reminders ni banyak isi dan yups so true |
|
|
|
|
|
|
|
bila impian kita berkait dengan org lain
dan dia pulak tidak mengimpikan yg sama
sukar dan payah selali mencapai jmpian |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by onexox97 at 28-3-2017 08:12 AM
sama dgn atas |
|
|
|
|
|
|
|
bila impian kita berkait dengan org lain
dan dia pulak tidak mengimpikan yg sama
sukar dan payah selali mencapai jmpian |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by onexox97 at 28-3-2017 08:14 AM
syukurlah kerana mempunyai jiwa yg waras
hidup yg normal adalah hidup yg mempunyai ruh dan jiwa
bukan nyalangsung tiada impian dan nafsu
kalau mcm tu hidup taklagi bererti
dan xmembawa makna pada mereka di sisi |
|
|
|
|
|
|
|
Cool |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|