CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2363|Reply: 13

Pintu Pesawat Terbuka Ketika Berlepas, Jeritan Pemain Argentina Nahas Berjaya Di

[Copy link]
Post time 27-3-2017 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, pasukan bola sepak Argentina yang dikenali Racing Club de Avellaneda, ketika dalam penerbangan pulang ke Buenos Aires, tanpa disedari apabila pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba pintu kabin pesawat terbuka.


Namun, mujur pada masa itu salah seorang pemain dalam pasukan itu menyedari masalah pintu itu dan berjaya menyelamatkan nahas penerbangan yang mungkin berlaku.


Memetik laporan Daily Mail, beberapa minit sebelum pesawat berlepas, salah seorang pemain mendapati pintu pesawat itu kelihatan bermasalah.


Dia dengan segera menjerit minta pesawat berhenti dari berlepas, dan tindakan itu berjaya menarik perhatian krew kabin. Ketua juruterbang serta-merta memadamkan enjin setelah mengetahui terdapat masalah dan berjaya mengelak nahas penerbangan yang mungkin terjadi.


Kejadian itu sebenarnya berlaku pada 19hb Mac iaitu Ahad lalu, namun sehinggalah pada Khamis lalu iaitu 23hb Mac, rakaman video itu dapat diketahui umum.


Sebelum itu, terdapat sebuah pasukan bolasepak mengalami nahas udara iaitu pasukan Brazilian Chapecoense ketika dalam penerbangan ke Columbia.


Kapal terbang yang dinaiki dilaporkan terhempas yang disyaki kerana masalah kekurangan petrol, dan seramai 19 pemain mati dalam nahas tersebut.- CARI






sumber foto: Daily Mail

sumber foto: Daily Mail
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2017 11:49 AM | Show all posts
"Kapal terbang yang dinaiki dilaporkan terhempas yang disyaki kerana masalah kekurangan petrol, dan seramai 19 pemain mati dalam nahas tersebut.CARI

baru tahu kapalterbang pakai petrol rupanya...ron 95 ke 97?

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 11:58 AM | Show all posts
tricomonas replied at 27-3-2017 11:49 AM
"Kapal terbang yang dinaiki dilaporkan terhempas yang disyaki kerana masalah kekurangan petrol, dan  ...

rasanya kalau airplane pakai kerosene kot...ke depends pada enjin jugak @kelana36 ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 12:19 PM | Show all posts
pakai petrol?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Artikel ni perenggan pendahuluan dia ayat tunggang terbalik. Ayat majmuk lebih dr dua dlm 1 ayat. Pening baca..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 01:16 PM | Show all posts
tricomonas replied at 27-3-2017 11:49 AM
"Kapal terbang yang dinaiki dilaporkan terhempas yang disyaki kerana masalah kekurangan petrol, dan  ...

esok hari rabu akak expect harga naik 50 sen je seliter.. cukuplah ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2017 01:48 PM | Show all posts
muka-nya..dafuq?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 04:39 PM | Show all posts
kentel replied at 27-3-2017 07:58 AM
rasanya kalau airplane pakai kerosene kot...ke depends pada enjin jugak @kelana36 ?

Jet or turbine engine guna JET A-1 fuel, which is kerosene based.
Jet A-1 ni kalau cucuh dengan lighter or mancis sahaja susah api nak menyala kerana quality lagi teruk dari kerosene biasa yang buat lampu tu. For jet engine kena spray minyak ni into vapour untuk hasilkan flame.

For small plane yang guna internal combustion engine untuk pusing kipas, guna piston macam engine kereta guna Aviation Gasoline, yang quality dia the much better than petrol.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2017 04:43 PM | Show all posts
Nasib ada yang alert membahayakan betul.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 04:43 PM | Show all posts
kelana36 replied at 27-3-2017 04:39 PM
Jet or turbine engine guna JET A-1 fuel, which is kerosene based.
Jet A-1 ni kalau cucuh dengan l ...

thanks utk penerangan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 04:46 PM | Show all posts
ishhhh...bahayanya....klu pintu tak tutup rapat...tak kan pilot takleh alert....kereta klu pintu tak tutup rapat pun driver leh tau....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 05:18 PM | Show all posts
tricomonas replied at 27-3-2017 11:49 AM
"Kapal terbang yang dinaiki dilaporkan terhempas yang disyaki kerana masalah kekurangan petrol, dan  ...

RON 100.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 05:23 PM | Show all posts
kus semangat..ingatkan national team
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 05:27 PM | Show all posts
vionna007 replied at 27-3-2017 12:46 PM
ishhhh...bahayanya....klu pintu tak tutup rapat...tak kan pilot takleh alert....kereta klu pintu tak ...

kapalterbang tu berganda lebih tua usianya dari kereta yang kau orang guna..

btw kalau unpressurized plane, tak la bahaya sangat kalau pintu terbuka, nothing will be suck out unless sendiri terjun keluar macam parajumpers tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.154191 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list