View: 1567|Reply: 3
|
Kerap Telan Ubat Gigi, Budak Perempuan Hidap Sindrom Kuku Kuning
[Copy link]
|
|
Di Taiwan, seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun dikesan menghidap penyakit sindrom kuku kuning. Namun apa yang menghairankan, punca utama kanak-kanak itu terkena sindrom tersebut adalah kerana kerap menelan ubat gigi dalam jangka masa yang panjang.
Setelah menjalani pemeriksaan di hospital, kuku kanak-kanak itu disahkan mengandungi logam "titanium"" dan kes tersebut telah menjadi contoh kes pertama bagi kanak-kanak yang menghidap sindrom kuku kuning di Taiwan.
Menurut laporan Apple Daily di Taiwan, sepanjang tahun ini, kanak-kanak perempuan itu pernah dimasukkan ke hospital akibat kuku berwarna kuning.
Warna kuku kanak-kanak perempuan itu juga lebih kuning berbanding kuku normal.
Selain itu, kanak-kanak tersebut juga pernah mengalami penyakit batuk, sinusitis kronik, barah paru-paru dan sebagainya.
Ahli keluarganya memberitahu kepada doktor bahawa kanak-kanak perempuan itu bukan sahaja amat suka menggunakan ubat gigi berperisa manis, malah gemar menelan ubat gigi yang telah digunakan semasa menggosok gigi.
Menurut doktor, ubat gigi yang digunakan oleh kanak-kanak perempuan itu mengandungi titanium dioksida yang mengandungi pewarna tiruan.
sumber foto: Apple Daily News
Difahamkan, setakat ini hanya terdapat 19 kes sindrom kuku kuning di seluruh dunia dan mereka yang menghidap penyakit sindrom kuku kuning lingkungan umurnya antara 40 hingga 60 tahun.
Justeru itu, kes bagi kanak-kanak tersebut adalah yang ke-20 dan merupakan kes pertama yang disahkan akibat menelan ubat gigi. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahli keluarganya memberitahu kepada doktor bahawa kanak-kanak perempuan itu bukan sahaja amat suka menggunakan ubat gigi berperisa manis, malah gemar menelan ubat gigi yang telah digunakan semasa menggosok gigi. Yakkkkk.. pengotornye ko...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah 9 tahun elok ajar je guna ubat gigi dewasa pedas nanti tak le dia menelannya lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Budak tu kecik lagi.. X matang.. Mak pak kawal ler.. Jgn ikut ckp anak.. Gitau Baik buruk |
|
|
|
|
|
|
| |
|