View: 3109|Reply: 12
|
[Tempatan]
Kena tindakan jika ‘Valet Doa’ degil, kata menteri
[Copy link]
|
|
Kena tindakan jika ‘Valet Doa’ degil, kata menteri
Aedi Asri | March 29, 2017
Laman web tawar upah “doa makbul” itu dipercayai masih beroperasi dan posting terakhir 2 hari lalu tetapi iklannya disunting tanpa perkataan "confirm makbul".
DEWAN RAKYAT
KUALA LUMPUR: Pihak yang menjalankan perkhidmatan “Valet Doa” boleh dikenakan tindakan jika berdegil dan meneruskan perniagaan seperti itu, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata ini kerana Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Mufti Selangor sudah memanggil pihak yang bertanggungjawab dan meminta mereka tidak meneruskan khidmat tersebut.
“Walaupun tiada fatwa (larangan), ia sudah disebut mufti. Tindakan mengingkari perintah mufti boleh diambil (jika ia diteruskan) selepas arahan dikeluarkan,” katanya dalam sesi soal jawab lisan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) berhubung tindakan yang akan diambil terhadap perkhidmatan kontroversi itu, serta langkah mengatasi isu yang boleh mencemarkan agama Islam.
“Valet Doa” muncul di Facebook akhir Januari lalu apabila individu menggelar dirinya sebagai Haji Arin menawarkan khidmat kiriman doa di tempat suci umat Islam, Mekah dan Madinah, dengan kadar bayaran tertentu bermula RM250 hingga RM5,000.
Menerusi iklan itu, Haji Arin memberi jaminan doa yang dikirim pasti akan dimakbulkan.
Jamil berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantau laman Facebook itu, dan menyokong sebarang tindakan SKMM terhadapnya.
Setakat ini, laman web itu masih beroperasi dan posting terakhir dibuat 2 hari lalu.
Namun, perkataan “confirm makbul” sudah disunting menjadi “Insya-Allah makbul”, dan jaminan pulangan wang jika doa tidak dimakbulkan dalam masa setahun tidak lagi diberikan.
Menurut kenyataan media Valet Doa pada 19 Februari lalu, penukaran itu dibuat selepas ramai mufti, antaranya Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad, mengeluarkan kenyataan media mengecam perkhidmatan disediakannya.
Jamil berkata perkhidmatan itu memberikan impak negatif kepada Islam dan mengundang salah faham serta kerosakan akidah kepada umat Islam.
“Ada unsur yang amat tidak sihat pada iklan doa itu. Penganjur harus faham tidak salah untuk mendoakan orang lain, tetapi yang salah adalah mengenakan bayaran,” katanya.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/03/29/kena-tindakan-jika-valet-doa-degil-kata-menteri/
|
|
|
|
|
|
|
|
tak baik ko kutuk PAS
|
|
|
|
|
|
|
|
yuliss replied at 29-3-2017 04:39 PM
penunggang agamaaaa....
zamman sekarang ni hujung ada nama *produk islam* beratur orang beli |
|
|
|
|
|
|
|
Service 'valet doa ' seperti ini dengan perkhidmatan membuatkan haji untuk orang yang dah meninggal......ada perbezaan? |
|
|
|
|
|
|
|
no komen.... wa tarak kepercayaan tahyul spt ini
|
|
|
|
|
|
|
|
It just a service. Nak amik tanak sudah. Penunggang agama? Dia bukan yg pertama, nape nak kecoh? Air2 di baca quran pun tunggang ugama, penceramah bayar ribu ribu pun tunggang agama. So? |
|
|
|
|
|
|
|
macam macam kalau dah sesat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah kerajaan bertegas. |
|
|
|
|
|
|
|
jigglybuffs replied at 30-3-2017 06:48 AM
Service 'valet doa ' seperti ini dengan perkhidmatan membuatkan haji untuk orang yang dah meninggal ...
Aku xde la tau sgt cuma ikut logik pmikiran jer la. Ada beza sbb upah haji tu prbuatan zahir. Yg mna org yg diupah tu buat smua brkenaan syarat haji mcm tawaf kliling kaabah dll sdgkn valet doa ni bknnya suatu yg wajib. Doa kt mana2 pun blh xperlu kt mekah pun xpe. Sllu org yg kirim2 doa utk dibacakn kt mekah tu skdar free. Xlah dikira mnprdagangkn agama.
Yg valet doa ni siap ada ayat cnfirm makbul tu yg xtahannya, mcm tuhan plk. Dah tukar jd insyaaAllah mkbul pun ttap mndagangkn benda yg xperlu. Klu cnfirm mkbul doa kt mekah tu, xde la org yg blik haji umrah pun ada yg prangai cam hanat, ttap miskin xkaya2 n xdpt pun smua yg dihajati nk brjaya n capai ssuatu impian smuanya bgntung pd diri individu tu sndiri bknnya kt mana tmpt dia brdoa. |
|
|
|
|
|
|
|
yg jual2 air bacaan doa, jual kismis bacaan 30 juzuk.. etc.. bila lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba ko amik khir ni jadi duta kan x pening kepala |
|
|
|
|
|
|
| |
|