Sepertimana yang diketahui kita, kayu penyepit makanan atau chopstik lazimnya digunakan untuk menyepit makanan yang menjadi semakin normal bukan sahaja di kalangan masyarakat di Asia malah kini negara barat turut popular.
Namun demikian, kejadian berikut yang berlaku di China, kayu penyepit itu telah dijadikan senjata pembunuhan.
Dilaporkan, seorang pesakit mental lelaki menikam empat pesakit wanita dengan chopstik di sebuah hospital dan tiga daripada wanita itu meninggal dunia.
China Daily melaporkan tragedi itu menyebabkan hospital berkenaan ditutup bagi siasatan.
Memetik laporan Shanghai Daily, serangan itu berlaku pada 24 Februari lalu di Hospital Luoning Dazhong di Wilayah Henan.
Penyerang dikenal pasti sebagai Yang Shitou diikat pada katil dengan tali dalam ward yang turut menempatkan pesakit lain yang mengalami sakit mental yang teruk.
Rakaman pengawasan yang diperoleh menunjukkan seorang pesakit skizofrenia bernama Yang telah dimasukkan ke wad kerana kecenderungan berbahaya, tapi malangnya berjaya melepaskan diri pada kira-kira 8.28 pagi, sebelum mengambil chopstik di atas meja kopi di wad.
Kira-kira dua minit kemudian, Yang masuk semula ke dalam bilik dan menikam dua wanita secara berturut-turut.
Dua kakitangan perubatan masuk ke dalam bilik kurang daripada satu minit kemudian menahan Yang.
Salah seorang wanita meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di hospital akibat kecederaan, menurut China Daily.
Semua mangsa mengalami kecederaan otak dan dilaporkan Yang telah ditahan polis untuk siasatan.- CARI
Post time 6-4-2017 06:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sbb tu kakak seopis aku dulu mmang anti/berbulu kalau tgk org gila lalu lalang...dia akan repeat iver n over again kalau si gila tu tetiba dtg gila dan mengila membunuh kau dia akan lepas sbb si gila ada licence to kill...which is terlepas dr pertuduhan sbb gila..kesimpulannya berhati2 dgn org gila..
Post time 6-4-2017 06:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
menakutkan..di sekeliling aku ada a few org gila..xmerbahaya tp annoying jgk la..sorang tu jns gila menulis.selalu dok menulis dkt kete aku yg berdebu..bila tgur kan marah..runsing klu kang dia mengamuk hempuk kete aku ngan kayu/batu..pnh skali aku tegur dia pi hantuk kepala kat tiang letrik..memalukan aku plk.skrg aku viarkan je.penuh kete aku dgn no 4angka.gila sbb kalah judi dulu
Post time 6-4-2017 08:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by mrsLucky at 6-4-2017 08:12 PM
Penyerang dikenal pasti sebagai Yang Shitou diikat pada katil dengan tali dalam ward yang turut menempatkan pesakit lain yang mengalami sakit mental yang teruk.
He di ikat dengan tali tapi terlepas..dan mangsa adalah pesakit mental yang teruk yang sebilik dengannya..
Patut kalau ganas gunakan chain besi dan padlock..bukan tali..
Post time 6-4-2017 08:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Naseb baik doktor kuat jgk nk melawan kudrat si gila tu..kalu x dgn doktor sekali kena cucuk. Lenkali dlm wad gila x pyh bagi chopstick lah..suh mkn dgn tangan or sudu plastik je. Garpu pun jgn bagi.