CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4664|Reply: 26

Gara-Gara 'Prank' Dibaling Telur Busuk, Lelaki Ini Buta Seumur Hidup

[Copy link]
Post time 10-4-2017 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Perkara biasa menjelang tengah malam, ada kalanya kita akan mendengar bunyi bising dari mereka yang membuat 'prank' untuk menyambut hari lahir seseorang.


Kalau tak pun, kita sendiri yang membuat 'prank' pada rakan dengan membaling telur dan tepung kepadanya dengan niat untuk meraikannya.


Namun, tanpa disedari sebenarnya perbuatan tersebut boleh mengundang padah malah sebenarnya tersangatlah bahaya.


Sebuah perkongsian di laman Facebook Bogor Channel menceritakan tentang kisah benar seorang anak muda bernama M. Yusuf.

Foto: FB Bogor Channel


Gara-gara rakannya membaling telur busuk ke arah mata Yusuf, dia kini kehilangan sebelah dari penglihatannya.

"Aku ingin mataku dapat melihat kembali..." Begitu sayu rasanya mendengar rintihan hatinya.


Matanya mengalami kerengsaan atau iritasi yang menyebabkan mata hitamnya diselaputi selaput putih.

Foto: FB Bogor Channel


Bayangkan sahaja disebabkan kecuaian dan kebodohan rakan-rakannya yang melakukan 'prank', dia kini bakal menderita sepanjang hidupnya.


Kisah tular ini mendapat perhatian dari netizen yang kebanyakannnya berpendapat perbuatan 'prank' sebegini perlu dihentikan sama sekali.



Jadikan kisah ini sebagai pengajaran agar tidak mengulangi perkara yang sama. Berdoalah agar dijauhi perkara sebegini dari terjadi pada diri sendiri dan orang yang tersayang. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2017 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kesiannya.. lagi satu kalau nak sambut besday tu jgn cucuk lilin.. nak suruh tiup2 gelilah air liur dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 01:45 PM | Show all posts
Jorja replied at 10-4-2017 01:02 PM
Ya Allah kesiannya.. lagi satu kalau nak sambut besday tu jgn cucuk lilin.. nak suruh tiup2 gelilah  ...

Hahaha.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila trend ni. Mcm bodoh. Sbb tu time birthday iolls dulu, iolls ponteng sekolah. Tau mmg akan kena gini. Kat tmpt keja pun tak bgtau sape yg psl birthday. Kang kena prank haram dorang order pizza iolls yg kena byr.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 01:55 PM | Show all posts
yidon & kebodohan berpisah tiada...minggu lps prank bday jugakkan ikat kat pokok sampai mati... ni pulak buta....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 02:00 PM | Show all posts
prank x kena tempat dan cara... huh!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2017 02:09 PM | Show all posts
CrowneGlory replied at 10-4-2017 01:55 PM
yidon & kebodohan berpisah tiada...minggu lps prank bday jugakkan ikat kat pokok sampai mati... ni p ...

ikat kat tiang elektrik pastu simbah air sejuk ais...  menggelupur kena renjatan si arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 03:01 PM | Show all posts
mohon korek mata kawan tu gantikan mata untuk budak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2017 03:04 PM | Show all posts
Nak bergurau pun jangan le main kasar dah buta cam tu kawan sendiri juga yang susah nanti
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 03:09 PM | Show all posts
kesiannya..
nak bermain atau bergurau pun jgn berlebihan hingga memudaratkan
x pasal2 jerk
mintak ganti biji mata org tu bolehhh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 03:10 PM | Show all posts
syukur aku tak pernah kena mcm ni... klu besday pun senyap2 aje..mana yg tau tu tau la, tapi dorg takde lah nak buat keje mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
bdty aku xde prank gini.tpi biler bca bhsa indon ni mngingtkn aku PDA awek ball yg sakitkan hati aku itu..tpi dia cntik.hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
*Bali..................
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kna infection ni kot.tp nak jd seteruk tu rasanya mkn masa jgak,dia akan rasa gatal,mata merah dan silau yg teruk.mcm anak aku,kitorg ingatkan dia sakit mata biasa je,bila di cek,ada tompok putih kat anak mata hitam dia.doc ckp,kalo lambat mungkin mata dia rosak.sbb nya dia suka genyeh mata,debu habuk kat dlm mata tu luka kan kornea,dah jd infection.pastu jd silau teruk.siang mlm pkai spek mata itam.skrg dkt 2 bulan dia ambik ubat kat hosp.dah ok ckit.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 05:13 PM | Show all posts
Kesiannya hilang sebelah penglihatan. sbb tuh aku tak suka prank nih. kalau nk smbut birthday buat surprise sudahhh  
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 06:16 PM | Show all posts
Jorja replied at 10-4-2017 01:02 PM
Ya Allah kesiannya.. lagi satu kalau nak sambut besday tu jgn cucuk lilin.. nak suruh tiup2 gelilah  ...

nk gelak ke apa ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2017 06:19 PM | Show all posts
ha xpyh dah nk bling2 telor pasni. nk kena pesan kat kawan2 sis yg slalu konghajar tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 08:42 PM | Show all posts
Zaman sekolah dan uni akak dulu pun sering kali akak dibaling tepung  dan masuk ais dalam baju.dah la kol 12 malam.satu kerja akak nak kena salin baju.baju dah la basuh tangan
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 10:38 PM | Show all posts
yang baling telur tu dah mati ke belum
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 10:39 PM | Show all posts
prank ialah sifat orang orang pprt
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54163 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64362 Replies : 379
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 42644 Replies : 418
'Kalau rasa tak mampu, jangan berhutang'- Aliff
maklukpenggoda'Kalau rasa tak mampu, jangan berhut
Views : 4414 Replies : 5
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 23671 Replies : 7
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276408 Replies : 8066
Bendera Syria diganti
maklukpenggodaBendera Syria diganti
Views : 29941 Replies : 18
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39361 Replies : 44
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 24202 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.174033 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list