Golongan wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan beg tangan. Kalau boleh segala benda dari kunci, dompet, bekas alat solek, tisu, telefon bimbit dan sebagainya mahu disumbat di dalamnya.
Kadang-kadang akibat lambakan barangan di dalamnya, beg tangan tadi terus menjadi berat hingga sukar untuk dibawa.
Tahukah anda wahai kaum Hawa, perbuatan ini sebenarnya sangat bahaya kerana ia memberikan kesan jangka panjang pada tubuh badan anda.
Foto: Shutterstock
Dipetik dari thelist.com, ini antara kesan bahaya dari membawa beg tangan yang berat.
1. Timbulnya rasa sakit kepala yang kerap
Beg tangan yang berat akan memberi kesan terhadap tulang belakang. Bahagian ini akan terbeban sehingga menyebabkan ketegangan otot yang sekaligus akan menjadikan kepala menjadi sakit.
2. Ketegangan pada leher
Semasa membawa beg tangan yang berat, otot bahu akan 'bekerja lebih kuat'. Otot akan menegang dan memberi kesan kesakitan terhadap leher.
3. Postur badan berubah
Kesan ini paling ditakuti oleh wanita kerana membawa beg tangan yang berat akan menjadikan anda bongkok.Kesannya tidak dapat dilihat sewaktu muda, tunggu sahaja jika sudah berusia nanti.
Foto: www.care2.com
Ngeri rasanya bila mengetahui kesan buruk darinya kan? Nampak macam perkara biasa namun sebenarnya beg tangan berat adalah musuh wanita.
Mulai sekarang, keluarkan barangan yang tidak penting dari beg tangan anda, okay? -CARI
|