View: 2047|Reply: 2
|
Kisah Hidup Unik Rakyat Malaysia, Semua Ada Dalam Siri Video Web Shell
[Copy link]
|
|
Shell Malaysia, peneraju dalam bidang teknologi kuasa, tenaga dan gas negara telah melancarkan #StationStories.
Siri web yang memaparkan kisah benar rakyat Malaysia dan keunikan perjalanan hidup mereka.
Menariknya ia dibuat tanpa skrip, uji bakat atau pelakon, dan siri tersebut bergantung pada kisah benar pelanggan yang melangkah masuk ke stesen minyak Shell.
#StationStories disiarkan buat pertama kalinya pada tahun 2015 sebagai platform untuk Shell berhubung dengan rakyat Malaysia dan meraikan kepelbagaian mereka.
Kisah-kisah perkembangan individu serta cerita yang penuh berinspirasi ini sudah masuk tahun ketiga, dan Shell sekali lagi merakamkan pelbagai kisah yang menyentuh hati, dikongsi oleh pelanggan Shell Malaysia dari seluruh negara.
#StationStories membolehkan pihak Shell untuk mengenali pelanggan dengan lebih dekat lagi, dan mengetahui kisah mereka yang berlandaskan nilai-nilai seperti rasa hormat-menghormati, kesungguhan, kasih sayang dan harapan.
Antara #StationStories yang mendapat perhatian ramai sebelum ini termasuk termasuk seorang lelaki yang melafazkan rasa sayang terhadap keretanya, kisah seorang bapa tunggal membesarkan tiga orang anak dan seorang guru yang bermisi untuk memberi inspirasi kepada anak-anak muda.
Mencatat 11 juta tontonan di laman Facebook dan YouTube, video #StationStories ini sangat menyumbang kepada tarikan terhadap jenama, dan meningkatkan rasa ingin membeli produk Shell.
Nantikan #StationStories terbaharu, memaparkan Rasyidah dan Zakiah, kisah menyentuh hati dua orang pelajar universiti yang bakal disiarkan secara berperingkat sepanjang tahun 2017 ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai #StationStories, sila layari laman web shell.com.my/stationstories. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
klu product dr shell mmg x mengecewakan..sntsa dekat dgn penggguna...great marketing strategy y digunakn oleh shell.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah, tak pernah tau pun.
Nanti boleh check the website. |
|
|
|
|
|
|
| |
|