CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13756|Reply: 125

[Jenayah] Nenek, 85, DIBUNUH dengan KUALI ketika SOLAT (Update: Pembunuh adalah jiran RAKA

[Copy link]
Post time 14-4-2017 09:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 16-4-2017 12:01 PM

Tak sangka sama sekali
Ahad, 16 April 2017 @ 5:45 AM

Kuala Terengganu:  “Wanita itu pernah datang ke rumah nenek sebelum ini dan tidak sangka kalau dia ada niat tidak baik terhadap nenek,” kata Siti Norazura Zaini, 28, cucu mangsa bunuh di Kampung Belukar Jambu, di sini, petang kelmarin.

Siti Norazura berkata, wanita berkenaan yang dikenali dalam kalangan keluarga adalah rakan sekerja ibu saudaranya yang juga anak mangsa, Saripah Ibrahim, 52.

Kami memang sama sekali tidak menyangka dan tidak percaya apabila dia (wanita itu) sanggup menyamun dan memukul nenek (Rokiah A Rahman, 83) sehingga mati. Dia mempunyai 11  anak dan mungkin terdesak akibat masalah kewangan hingga memaksanya melakukan perbuatan (kejam) itu.

Ketika kejadian, nenek tidak berapa sihat dan tidak boleh berdiri apatah lagi untuk berjalan sehingga menunaikan solat di atas kerusi.

“Kami menerima takdir Allah terhadap nenek dan berdoa agar nenek tenang di alam sana sekali gus berharap wanita terbabit menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, suspek berusia 37 tahun berasal dari Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam.

“Siasatan terhadap suspek dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh,” katanya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, suspek yang tinggal bersama suami dan 11 anak di sebuah rumah di Kampung Laut, di sini, ditahan cucu mangsa dengan bantuan orang ramai.


Jiran sebelah rumah/penyamun wanita yang kejam...

Nenek dibunuh ketika Zuhur
Jumaat, 14 April 2017 @ 8:29 PM

Kuala Terengganu: Wanita warga emas maut dipercayai dibunuh di Kampung Belukar Jambu, di sini, hari ini.

Mangsa, Rubiah A Rahman, 85, yang bertelekung dipercayai dibunuh ketika sedang solat Zuhur, 2.15 petang tadi.

Cucu mangsa, Siti Norazura Zaini, 28, berkata, kejadian disedari apabila ibu saudaranya, Saripah Ibrahim, 52, yang berada di luar rumah naik selepas terdengar sesuatu di dalam rumah berkenaan.

"Ibu saudara terkejut apabila mendapati nenek terlentang di ruang tamu.

"Ketika ibu saudara melihat keadaan nenek, seorang wanita keluar dari celah almari sebelum mencekik leher dan mengetuk kepala ibu saudara menyebabkan berlaku pergelutan," katanya.

Sementara itu, adik lelaki Norazura yang berada di belakang rumah terdengar jeritan dan segera naik sebelum menolak wanita yang ketika itu duduk di atas ibu saudaranya.



Berlaku pergelutan sebelum lelaki terbabit menahan wanita itu dengan bantuan orang ramai yang menyedari kejadian itu.

Wanita itu kemudian diserahkan kepada polis yag tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Suspek sudah ditahan dan kes ini dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Warga emas maut dipukul dengan kuali
14 April 2017


Orang ramai memenuhi lokasi kejadian.


KUALA TERENGGANU - Seorang wanita warga emas maut dipercayai dipukul menggunakan kuali oleh penyamun wanita dalam kejadian di Kampung Belukar Jambu, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan mangsa Rokiah A.Rahman, 84, terbunuh di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, insiden itu disedari anak perempuan mangsa selepas pulang dari kerjanya.

"Sebaik masuk ke dalam rumah anaknya yang berusia 52 tahun itu terkejut melihat ibunya dalam keadaan terbaring.

"Hasil pemeriksaan awal ke atas badan mangsa kita tidak nenemui kesan kecederaan pada mangsa namun kita percaya kuali itu digunakan berdasarkan penemuan berhampiran mayat mangsa," katanya.



Idris berkata, pihaknya percaya kejadian itu bermotifkan samun dan barangan kemas milik mangsa berada bersama suspek yang berasal dari Selangor.

Katanya, ketika itu suspek yang berusia sekitar 30-an masih berada di dalam rumah mangsa.

Suspek yang juga merupakan jiran mangsa itu berjaya diberkas penduduk kampung sejurus selepas itu.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2017 09:40 PM | Show all posts
pantai timur darul samun dan bunuh warga emas
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm cerita seram
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 14-4-2017 09:40 PM
pantai timur darul samun dan bunuh warga emas

yg bunuh tu asal dari selangor  
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejam gilaaa:
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Penagih ke pembunuh tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran mangsa::
Boleh jadi bukan sekadar samun saja.
Brengsek punya jiran.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepelikang tanpa batasang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2017 10:00 PM | Show all posts
kalau akak dh rembat je betina syaitan tu... buah tomoi akak sentiasa ranum.. kalau kena  pecah muka..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
aqua_marine replied at 14-4-2017 09:47 PM
yg bunuh tu asal dari selangor

Selangor?jowo ke?adehh..semlm kt k.krai ni kt ganu plak
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kejam sgt jiran pun sanggup bunuh psl wang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya tengok gambar nenek Ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani betul pmpuan ni...ni nnt ntah cerita kesian apa dia bg alasan sbb apa curi tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 10:35 PM | Show all posts
Lahir selangor tp asal usul ganu kottt
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengganu ni ulamak dia pun mencarut carut tak tentu pasal, what do you ekspek from the laymen?



http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2 ... SK1-958_634x923.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Xguna punya jiran
Mesti dah lama perati barang kemas arwah nenek tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2017 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
yg laki tu mesti tibai cukup2 pompuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hisap dadah ke apa pompuan ni? Klu tgh waras, membunuh mmg syatonirojim betul pompuan ni :
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 11:06 PM | Show all posts
kenapa dibunuhnye nenek tu.. kl dh jahat sgt rompak je la..ni dihempuknye dgn kuali.. harap penjenayah nnt dihempuk dilayak ckp2 dlm penjara nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sejenis jiran yg kalau tahu ilmu hitam dah lama disantau keluarga itu. mohon mereput di penjara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.265828 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list