Berita gembira untuk semua peminat PITBULL kerana beliau akan mengunjungi Malaysia dengan Climate Change Tour!
Kepada semua peminat pop musik di Malaysia, bersedialah untuk berparti bersama pemenang anugerah Latin Grammy dan artist berbakat, Pitbull kerana pada kali ini beliau akan kembali ke Malaysia untuk konsert solonya selepas kujungan beliau 4 tahun!
Dianjurkan oleh IME Malaysia, PITBULL Climate Change Tour in Malaysia 2017 akan berlangsung pada 16 Mei 2017, jam 8 malam di Sunway Lagoon Surf Beach.
Dikenali sebagai Mr.Worldwide (antarabangsa), bermula selepas album pertamanya dikeluarkan yang berjudul M.I.A.M.I pada tahun 2004. Lagu lagu Pitbull seperti “Give Me Everything”, “Timber”, “We Are One (Ola-Ola)” pernah menguasai carta musik antarabangsa. Bukan itu sahaja, Pitbull telah menjual sebanyak 5 juta album dan 40 juta singles sepanjang kerjaya beliau. Beliau juga pernah berkolaborasi dengan beberapa artis antarabangsa terkemuka seperti Enrique Iqlesias, Christina Aguilera,Shakira, Kesha, Usher dan Jennifer Lopez. Beliau juga pernah berkerjasama didalam muzik video Priyanka Chopra yang berjudul 'Exotic'.
Kali terakhir Pitbull beraksi di Malaysia adalah pada 4 tahun yang lalu di festival music yang menyaksikan beribu ribu peminat beliau membanjiri tempat tersebut untuk berpesta bersama beliau. Dengan itu jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan secara 'live' konsert Pitbull di Malaysia!
Harga tiket konsertPITBULL adalah seperti yang berikut:
RM498 (VIP) dan RM288(CAT1).
Peminat Pitbull boleh membeli tiket konsert menerusi TicketCharge online di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline + 603-92228811.
Tempat lain untuk mebeli tiket konsert adalah seperti out let tertentu Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ LiveArts, kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Penang). Tiket telah mula dijual pada 18 April 2017 mulai jam 11 pagi. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari @IMEAsia di Facebook, @IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions di WeChat.
Hashtag untuk event ini: #PITBULL #ClimateChange #PITBULLinMY