View: 4071|Reply: 23
|
[Tempatan]
Titah Sultan : speaker masjid sambung ke istana
[Copy link]
|
|
Daulat Tuanku. sangat menitikberatkan soal agama.
kita tengok apa kata forumers anti islam anti azan dalam cari.com ni.
SULTAN MUHAMMAD TITAH PEMBESAR SUARA MASJID DISAMBUNG KE ISTANA TELIPOT
KOTA BHARU – Istana Telipot yang menjadi kediaman Sultan Muhammad V di sini, dipasang pembesar suara yang disambungkan secara terus dari Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, dekat sini.
Imam Tua masjid berkenaan, Ahmad Yunoh, 42, berkata ia bagi memudahkan baginda mengikuti kuliah atau aktiviti agama serta mendengar laungan azan dari masjid berkenaan yang terletak tidak sampai 100 meter dari kediaman rasmi Seri Paduka.
“Seri Paduka memberitahu dengan cara tersebut baginda boleh sama-sama mendalami ilmu agama jika baginda tidak berkesempatan hadir untuk mengikuti kuliah agama di masjid ini.
“Saya kagum dengan keinginan dan cadangan yang disuarakan Seri Paduka itu kerana jelas baginda amat menitikberatkan soal agama dalam kehidupannya,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata idea Seri Paduka itu dilontarkan baginda beberapa tahun lepas ketika baginda masih bergelar pemangku Sultan Kelantan, sekali gus memberi satu penghormatan dan penghargaan yang besar kepada pengurusan Masjid Sultan Muhammad II.
Katanya, walaupun Seri Paduka kini sudah jarang berada di Kelantan namun baginda meminta agar pembesar suara itu terus kekal dipasang seperti biasa.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, beberapa tahun lepas Seri Paduka turut membuat tranformasi kepada pengurusan masjid tersebut dengan meminta imam, bilal atau anggota jawatankuasa (AJK) masjid sendiri membaca al-Quran berbanding memutarkannya menerusi kaset atau cakera padat.
“Seri Paduka bertitah adalah lebih molek dan afdal kiranya ayat-ayat al-Quran dapat dibacakan sendiri oleh AJK masjid. Saya terdiam seketika mendengar cadangan tersebut dan terdetik dalam hati betapa Seri Paduka amat menitikberatkan hal berkaitan agama,” katanya.
Katanya, bermula pada hari itu beliau bersama AJK masjid yang lain akan bergilir-gilir memperdengarkan bacaan al-Quran selama 15 minit sebelum azan dilaungkan sehingga ke hari ini.
Beliau berkata kehadiran Seri Paduka ke masjid lebih kerap ketika bulan Ramadan terutama pada waktu Subuh dan Asar.
Ahmad berkata, jemaah masjid sering menerima kunjungan mengejut daripada Seri Paduka terutama pada waktu Asar.
“Pernah berlaku, saya hanya menyedari kehadiran Seri Paduka selepas selesai menunaikan solat kerana baginda hanya mengenakan baju-T dan seluar.
“Tetapi Seri Paduka sepertimana yang dikenali rakyat adalah seorang raja yang mesra dan tidak mementingkan protokol. Kami boleh berbual seperti biasa sebagaimana jemaah lain tanpa rasa kekok,” katanya.
Beliau berkata pada waktu Subuh pula, Seri Paduka gemar mengenakan jubah berwarna putih dan sering memperuntukkan waktu untuk duduk di mana-mana sudut masjid untuk berwirid ataupun membaca al-Quran yang dibawanya sendiri.
“Seri Paduka tidak pernah meminta pihak masjid menyediakan tempat khas untuknya. Sifat rendah diri ini amat terkesan di hati kami dan menunjukkan tiada sempadan antara umat manusia di sisi ALLAH,” katanya.
Ahmad berkata, Seri Paduka juga banyak memberi sokongan dalam usaha mengimarahkan Masjid Sultan Muhammad II termasuk memberi pelbagai sumbangan berbentuk wang ringgit kepada imam-imam jemputan luar negara yang mengetuai solat terawih di samping aktiviti masjid yang lain.
Mengakhiri perbualan, Ahmad berkata kehadiran Seri Paduka ke Masjid Sultan Muhammad II sentiasa dinantikan dan dialu-alukan oleh semua jemaah.
Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.
Istiadat pertabalan Agong akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, Isnin ini. – Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru la layak nak panggil ketua agama |
|
|
|
|
|
|
|
mengamalkan ilmu yang ada,dan berusha mendalami ilmu |
|
|
|
|
|
|
|
ha ni lah sultan. baru betul ketua agama.. akhirat senang masuk syurga.. rakyat sayang.. akak syg.. daulat tuanku.. sejuta daulat lemon hamba daulatkan..
adat melayu berbudi bahasa.. adat minangkabau berbudi bahasa.. adat indon kacau negara orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-4-2017 09:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Nampaknya geng anti islam anti azan tarak berani masuk ini thread.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni baru betul Sultan |
|
|
|
|
|
|
|
belum berani forumers geng anti islam kaki hina islam hina azan hina masjid masuk sini.
dah agak dah
|
|
|
|
|
|
|
|
wow cool...hmm interesting. |
|
|
|
|
|
|
|
Kt mana yer istana kt telipot....istana baru ke....bkn kt kubang kerian ke istananya.... |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 22-4-2017 09:58 PM
ha ni lah sultan. baru betul ketua agama.. akhirat senang masuk syurga.. rakyat sayang.. akak syg.. ...
Nampaknya baginda ketua agama yang benar2 amalkan ajaran agama, baginda sanggup sambung speaker masjid ke istana supaya suara speaker tidak mengganggu masyarakat sekeliling, contoh anak2 kecil yg nak tido, org2 sakit dsb... kudos tuanku ... |
|
|
|
|
|
|
|
ni sultan negeri Changa negeri di bawah budu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-4-2017 11:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
pyropura replied at 22-4-2017 11:04 PM
Nampaknya baginda ketua agama yang benar2 amalkan ajaran agama, baginda sanggup sambung speaker ma ...
Lu nak kata suara azan yg sultan suka dengar menganggu masyarakat keliling, menganggu rakyat yg berada dan bekerja di istana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku memang tak ada benda tak elok nak cakap pasal Sultan yang ni. Yang lain berbakul aku buleh kutuk. Daulat Tuanku |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kenapa baru sekarang mintak sambung? |
|
|
|
|
|
|
|
GincuPurple replied at 22-4-2017 11:56 PM
tapi kenapa baru sekarang mintak sambung?
Sebab sebuk sgt dah jadi Agong kot |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sabbath_shalom at 23-4-2017 12:48 AM
Yang ni baru layak panggil Ketua Agama.
Yang lain haram jadah ketua kaki betina, ketua kasino, arak, gaduh, samseng. |
|
|
|
|
|
|
|
not so fast...
dia ni ada jugak share balak kann
|
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Kelate ni harta kekayaan nya tak banyak kot -takda bisnes yg diwarisi turun temurun, ladang beribu hentar, projek hartanah berbillion. |
|
|
|
|
|
|
|
oh, faham. Moga YDPA di cucuri rahmat Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohon Agung azankan sekali sultan2 yg kaki tonggang , kaki betina , pelahap duit rakyat ,kaki judi tu semua |
|
|
|
|
|
|
| |
|