CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25732|Reply: 244

[Jenayah] Update: Pelajar sekolah ajak ABANG BELASAH peniaga dengan BESI sampai PENGSAN &a

[Copy link]
Post time 26-4-2017 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 27-4-2017 09:01 PM






Bawa abang belasah peniaga

Khamis, 27 April 2017 @ 6:28 AM

Kuala Lumpur: Lagak tidak ubah  seperti samseng apabila sekumpulan remaja  membelasah  seorang peniaga yang menasihati  seorang suspek supaya berkelakuan baik serta tidak membuat bising.

Dalam kejadian  jam 11 pagi, Rabu lalu, mangsa yang  berniaga barangan Muslimah parah  dipukul sembilan remaja di premis perniagaannya di tingkat dua pusat beli-belah di Taman Melati, di sini.

Seorang saksi yang juga pekerja di pusat beli-belah berkenaan berkata, kejadian berlaku selepas mangsa berusia 30-an menegur seorang pelajar tingkatan dua yang membuat bising.

Bagaimanapun katanya, pelajar lelaki berusia 14 tahun terbabit melawan peniaga terbabit dengan mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan dia dipukul.

Susulan kejadian itu, remaja terbabit dipercayai memaklumkan kejadian itu kepada abangnya yang berusia 21 tahun.

“Abang pelajar itu bersama lebih sembilan rakannya  menyerang peniaga itu sehingga menyebabkan mangsa parah dibelasah menggunakan besi.

“Bagaimanapun, dua daripada suspek yang memukul peniaga terbabit  ditangkap orang ramai. Ini termasuk abang pelajar itu sebelum diserahkan kepada polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung kes terbabit yang dibuat keluarga pelajar dan isteri peniaga terbabit.

Katanya, keluarga pelajar terbabit mendakwa anak mereka dipukul  peniaga terbabit.

Semoga parents budak sekolah ni mendapat balasan yang setimpal juga...


Peniaga Dibelasah Selepas Tegur Pelajar Ponteng
Published on Apr 26, 2017

BERANG selepas ditegur ponteng sekolah, seorang pelajar bertindak ‘samseng’ membelasah peniaga di sebuah pusat beli-belah di Gombak, Selangor hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, pelajar terbabit yang memakai pakaian sukan sekolah di Gombak berwarna merah dikatakan ditegur oleh peniaga kerana ponteng sekolah.

Difahamkan, berang dengan tindakan peniaga itu, dia memanggil beberapa rakannya dari Taman Melati, Gombak untuk membelasah peniaga tersebut hingga tidak sedarkan diri.

Turut dimuat naik gambar pelajar berkenaan dan dua lagi remaja dalam keadaan bergari di samping dua anggota polis serta keadaan peniaga yang terbaring di kedainya.



Bagaimanapun, tidak dijelaskan nasib pelajar dan peniaga tersebut.

Perkongsian gambar tersebut mendapat kritikan netizen dan ada yang meluahkan rasa kebimbangan mereka dengan kelakuan pelajar sekolah sekarang yang semakin samseng.

“Hurmm.. Tak tau nak kata apalah dengan bebudak skang nih.. Kecik-kecik lagi dah nak tunjuk samseng. Buat malu mak bapak jew korang nih.. Tau lah nasib korang kat dalam tu nanti. Baru korang tau tinggi rendah nyer langit,” tulis Rieky Irwan Syah

Netizen turut mahukan pelajar terbabit dikenakan tindakan sewajarnya dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting supaya dapat membanteras budaya samseng ini daripada terus ‘merebak’ dalam diri remaja masa kini. – MYNEWSHUB.CC

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 05:23 PM | Show all posts
aku slalu report polis klu pelajar ponteng
psl skrg cikgu takde kuasa ronda2 luar sekola cari bdk ponteng
klu tepon sekola pn dorg kata tkle buat apa2 dah, suh call polis

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by RED 666 at 26-4-2017 05:46 PM

Hantar henry gurney je semua budak2 samseng bedebah ni:

Kat dalam tu bertumbuklah korang puas2 dgn warden sana
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Xtaula budak zaman skarang nih..kalau x membantai org, die pulak kena bantai
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh x minta pembantu warden kes pukul pakai paip getah tu tolong pukul sekali budak2 ni...yg ni patut rasanya kena pukul paip getah ari2
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dah mak bapak hanya pandai buat anak jek.asuhan dn didikan zero.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2017 06:08 PM | Show all posts
apa lagi peniaga tu cakap?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ntah2 mak bapak budak ni pendatang PATI yg duduk kt pprt.kat sane kn ramai. mak bapak situ mane kesah anak depa, memang menimbullkan masalah sosial je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 26-4-2017 05:23 PM
aku slalu report polis klu pelajar ponteng
psl skrg cikgu takde kuasa ronda2 luar sekola cari bdk p ...

Betul. Selangkah pelajar keluar dr pagar sklh, dh di luar bidang kuasa cikgu.

Dulu aku selalu gak nmpk cikgu2 pi round kat mall tgkp bebudak main game tp sekrg x de dh. Bila dibangkitkan dlm pibg, cikgu2 jwb di luar bidang kuasa diaorg.

Mgu lps aku nmpk guard mall halang bdk2 pakai baju PJ sklh dr masuk tmpt game.

Bdk2 ni pi ke blkg sket, keluarkan baju lain dr dlm beg dan tukar. Dpn mata aku dan mata guard mall tu jgk. Guard tu geleng kepala pandang aku & ckp "susah bdk skrg".
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 26-4-2017 06:00 PM
dah mak bapak hanya pandai buat anak jek.asuhan dn didikan zero.

Maaf ckp, aku byk kali jmpa mak pak sgt2 baik tp diuji dgn anak perangai hamjadah! So aku mcm x nak la salahkan mak pak kecuali mmg kita tau mak pak tu jenis x kisahkan anak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:19 PM | Show all posts
anak sapa la ni..belash sorang2 x brani..sanggup gi panggil kawan2
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:24 PM | Show all posts
Spender pun mak bapak belikan, nak berlagak samseng....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:26 PM | Show all posts
Jahatnya ko dik.
Baru kena tegur ponteng sekolah dah belasah orang.
Kalau kena tembak polis & mati, mak bapak kau pulak saman polis.
Kena langgar kereta sebab main tengah highway, orang lain pulak nak dipersalahkan.
Hidup menyusahkan orang aje.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:28 PM | Show all posts
lain kali call pihak polis saje, sebab pihak pilis ada kuasa  menahan.


sebenarnya apa jadi akhirnya pada perbuatan ponteng sekolah dalam kalangan  remaja ini?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
budx2 'lepasan' henry gurney,bukit senyum semua ni..keluar bukan jd baik tp makin teruk
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:46 PM | Show all posts
eLiaD replied at 26-4-2017 07:32 PM
budx2 'lepasan' henry gurney,bukit senyum semua ni..keluar bukan jd baik tp makin teruk

Sek henry gurney bukan ke lepas 18 tahun baru keluar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dulu pernah ponteng sekolah nk pegi bandar.. Tp mmg ponteng dr rumah. So parents iols tau iols x sekolah.. Tgh tunggu bas kt pondok bas tup2 cikgu disiplin sekolah elok je lalu depan pastu berhenti.. Masa tu nk lari pon x sempat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aje budak2 ni bermalam di lokap sama dgn samseng2 lain, biar ade akai skit :
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 08:01 PM | Show all posts
melati m3 mall baru bukak tak jauh dr lrt taman melati

mall pun cun2 kawasan flat pprt mmg jd kawasan la tmpat budak2 tu bersidai lepas abes skolah. nak gi setapak sentral budak2 kolej TAR banyak berkumpul
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kentang.Goreng replied at 26-4-2017 05:19 PM
Semoga parents budak sekolah ni mendapat balasan yang setimpal juga...

Peniaga Dibelasah Selepa ...

Budak2 setan ni elok kena bedal ngan paip getah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.070570 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list