CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4776|Reply: 39

Cikgu Kejam! Murid Teresak Diseret, Ditarik Rambut

[Copy link]
Post time 4-5-2017 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Setiap minggu, ada sahaja isu keganasan terhadap kanak-kanak dilaporkan.


Baru-baru ini, sebuah video mendedahkan seorang guru di sebuah sekolah di China mengasari anak muridnya tular di media sosial.







Shanghaiist melaporkan kejadian berlaku di sebuah sekolah rendah di Dongguan, Guangdong pada Selasa lalu apabila seorang pekerja perkhidmatan kurier kebetulan berada di lokasi merakamkan detik kekerasan itu berlaku.


Menerusi video itu, guru wanita terbabit menyeret dan menarik rambut seorang murid dengan kasar.


Foto: youtube




Apabila pekerja kurier itu berdepan dengan guru itu, wanita terbabit berpura-pura seolah-olah kanak-kanak berkenaan adalah anaknya selain menyuruh pekerja tersebut menjaga tepi kainnya sendiri.


Sementara itu, kanak-kanak terbabit dilihat menangis teresak-esak diperlakukan sedemikian.

"Saya nak balik rumah!" jeritnya menyebabkan pekerja kurier itu tidak mempercayai dakwaan guru terbabit, lalu melaporkan kejadian kepada pihak sekolah.


Berikutan itu, guru terbabit digantung perkhidmatannya sementara berada dalam siasatan.


Berikutan kejadian itu, tindakan guru terbabit dikecam keras netizn yang menonton video berkenaan.

"Teruknya. Apa hak guru itu berkelakuan sebegitu?" komen netizen.




Foto: FB Shanghaiist




Foto: FB The Reporter




Terdahulu, seorang ibu mengamuk dan membelasah seorang guru di sebuah tadika swasta selepas mendapati guru di situ mengasari anaknya.


Isu kekerasan terhadap kanak-kanak bagaikan tidak berkesudahan. Bilalah manusia akan sedar keganasan dan kekerasan bukan penyelesaian kepada semua masalah. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2017 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannyalah budak tu.......memang patutlah kena hempuk cikgu ni dgn mak bapak budak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Urut dada aku baca tajuk.. Ingat kat msia.. Kat china mcm2 ada
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dl kwn sekelas me ms sekolah rendah kena tunjal kepala sampai tcampak tudung. Kesian betul Seminggu demam x dtg sekolah. Cikgu tu kena pindah sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
:::::
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 04:58 PM | Show all posts
aduh siannnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2017 05:14 PM | Show all posts
patut MOE pinjam cikgu ni letak kat sekolah kat Klang aritu...geng 24 ..silap2 cikgu ni pulak yg kena tarik rambut
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 05:21 PM | Show all posts
Dah agak mesti PRC.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2017 05:39 PM | Show all posts
sanggupnya cikgu tu buat mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap-harap mak budak itu datang mengamuk balas balik tarik dan seret cikgu tu!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lolol i time darjah dua kne tarik telinga sbb x siapkn kerja skolah
Cikgu lempar je buku tu kt lantai.. tercabut kulit buku hahaha

Time drjh 4 kne tampar sbb menjerit.. cikgu kt klas sblh... tp x ngadu la
Kosser mak dah salah sndiri nk ngadu bagai... silap2 kne double dgn bapak aku plak
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 06:14 PM | Show all posts
cabaran seorang guru..kenalah bersabar..anak orang kau buat mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Meh aku nk tarik rambut ko cmtu lak geram betul tgk hanj sgt :
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk je, iols dah speku kat cina..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 09:08 PM | Show all posts
kesian la budak tu kna tarik rambut...bodo pny cikgu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Betina apa ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2017 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tarik balik rambut dia. Takpun ambik heels dia Katok je kepala tu. Menyampah org mcm ni kalau x suka, Jgn ambik job tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 10:31 AM | Show all posts
sedeh nengoknyee....terbayang2 anak kite
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:21 AM | Show all posts
kesian ko dik. kalau tak china tak sah kepelikan tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 01:32 PM | Show all posts
Geng kat Guangdong ni ramai yang agak kasar orangnya.  Yang tersepit kat mesin rosakkan keta laki sebab scandal pun banyak kat sana juga.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-11-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.080808 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list