|
Selepas mengeluarkan single duet, Disana Cinta Disini Rindu, ramai yang melihat keserasian antara penyanyi baharu, Wany Hasrita dan juga Tajul.
Malah gandingan keduanya mengingatkan kepada fenomena Achik dan juga Nana yang pernah berlangsung suatu ketika dahulu.
Namun, ketika ditanyakan tentang hubungan cinta, Wani segera menepis usikan itu dan berkata dia menganggap Tajul seperti adik beradiknya sahaja.
“Bercinta dengan Tajul? Tak boleh! Kami macam adik-beradik. Kami selesa bersama-sama sebagai kawan,” katanya kepada Mstar Online.
Foto: IG Wany
Memetik Mstar lagi, sebelum ini Tajul, 19 pernah menyatakan Wani, 25 mempunyai ciri wanita idamannya.
Dikatakan juga para peminat begitu senang melihat gandingan keduanya dan mula 'menjodohkan' keduanya. Pun begitu, nampaknya hal itu masih belum kesampaian ya.
Namun, siapa tahu pada masa akan datang pula kan? Bagi yang belum mendengarkan single duet terbeharu mereka, boleh 'play' video di bawah ya. - CARI
|
|