|
Populariti yang dikecapi 'anak ikan’ ini telah meletakkan dirinya pada tangga artis paling popular! Ini satu fenomena yang membanggakan! Sekelip mata dan serta merta meledak populariti itu menjadi virus pada dirinya.
Aiman Tino, Kurela dibenci! Meletop! Daripada kanak-kanak hingga dewasa, lagu nyanyian Muhamad Aiman Yusri menjadi bualan hangat. Siapakah yang dapat menidakkan rezeki kurniaan daripada Allah?
Anak ikan yang memiliki ‘wajah lembut’ ini dikatakan bersuara hasil gabungan suara antara Tomok dan Izat Lazim, Ini saya tak pasti… Tapi sebagai DJ saya suka suaranya lunak dan merdu didengar.
Biarpun lontaran vokalnya meleweh leweh, tapi tetap diterima ramai. Setiap kali membuat persembahan pasti ramai yang menitiskan airmata kerana terlalu obses dan sayang padanya! Muka elok sangat!!!
Fenomena Aiman Tino terjadi, di saat lebih 35 juta tontonan di laman Youtube menerusi lagu ‘ Ku Rela Dibenci’. Kalau dikira, lebih 50 peratus rakyat Malaysia sudah menonton video muzik ini yang melakar namanya di peta hiburan tempatan.
Apa jua komentar negatif yang dilemparkan, suka atau benci, semua harus menerima hakikat bahwa anak ikan ini bukan calang-calang auranya. Jika bijak dicatur langkah, tidak mustahil satu sejarah bakal tercipta.
Imbas kembali pada tahun 1990-an Datuk Siti Nurhaliza melakar sejarah luar biasa, hingga kini masih utuh sebagai penyanyi nombor satu. Kini giliran Aiman pula sujud di kaki takdir.
“Biarlah apa orang hendak label mengenai saya. Peminat tahu menilai, kalau mereka suka, saya gembira. Itu sudah cukup memuaskan hati, lagu kampungan ke, itu tidak menjadi masalah,” ujar Aiman, tutur bicaranya teratur dan sopan.
Pernahkah Aiman terfikir akan sepopular ini?
"Apa yang saya lalui sekarang memang tak pernah ada dalam fikiran saya dan jika diikutkan saya masih terkejut dan seolah-olah tidak percaya.
“Mula-mula sangat teruja. Bayangkan setiap kali membuat persembahan, peminat bagaikan histeria menjerit-jerit nama Aiman Tino. Air mata tertumpah menyaksikan setiap bibir mereka mengikut sama alunan lirik lagu Ku Rela Dibenci. Ketika itu, hanya Allah yang tahu perasaan saya.
“ Keajaiban ini terjadi secara kebetulan dan tidak langsung diatur. Masuk pertandingan pun tidak pernah, macam mana hendak fikir boleh jadi penyanyi? Abah buat lagu dan suruh saya nyanyi. Alhamdulillah, percaturan Allah siapa dapat menyangka”.
Foto: IG Aiman Tino
Ada yang mengatakan Aiman sekarang sudah kekwat? Demanding! Letak harga satu show antara RM20 – 30 ribu?
“Tidak benar!! Alhamdulilah kami banyak dapat tawaran tapi tidak pernah meletakkan harga tidak masuk akal. Soal bayaran boleh berbincang dengan syarikat pengurusan Aiman. Pintu rundingan sentiasa terbuka…
Wow! Dengarnya Aiman mendapat hadiah sebuah kereta bernilai RM 1 juta? Betul ke?
“Insyallah… Rezeki dari Allah! Kereta Audi R8 itu adalah hadiah daripada rakan strategik perniagaan, Datuk Ryzal Jamaludin, Ketua Pegawai Ekskutif Wonder Glow Cosmetic. Ini adalah salah satu dari promosi memperkenalkan produk tersebut”. |
|