Saksikan drama terbaru bertajuk Di Sebalik Wajah di HyppTV. Drama arahan Patrick Lim ini akan menampilkan lakonan Diana Danielle, Aliff Aziz, Hefny Sahad, Zarina Zainoordin, Anwar Khan dan ramai lagi.
Tayangan: HyppSensasi HD
Siaran : Mulai 1 Mei 2017, Isnin & Selasa 9 malam
Jumlah Episod: 30
SINOPSIS DRAMA DI SEBALIK WAJAH
Mengisahkan tentang Nadia (Diana Danielle) yang tersedar dari koma selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan kereta ngeri dan kemudian menjalani pembedahan di wajahnya. Tanpa sebarang memori lampau mengenai dirinya, dan tanpa mengingati siapa dirinya yang sebenar, Nadia dihantui dengan ilusi dan panggilan telefon daripada satu suara misteri yang menyuruh beliau membunuh suaminya sendiri, Amir Hisyam (Aliff Aziz) yang merupakan seorang pewaris kepada syarikat pembangunan hartanah terkemuka di Malaysia.
Nadia terus menjadi keliru apabila beliau mula mengenali seorang lelaki bernama Fared Hanafi atau dikenali sebagai Red (Hefny Sahad), seorang wartawan penyiasat yang mempunyai seorang teman wanita dan rakan sekerja bernama Elisa (Zarina Zainoordin) yang telah hilang pada hari yang sama semasa Nadia mengalami kemalangan. Perkara-perkara yang berlaku secara kebetulan ini menjadikan Red lebih bersemangat untuk menjalankan penyiasatan beliau secara lebih terperinci, dan dengan bantuan Nadia, mereka terus mencari petunjuk sehinggalah membawa kepada perkara-perkara yang tidak dijangka dan membongkar rahsia sebenar. Maklumat-maklumat yang ditemui, mungkin dapat membantu Nadia untuk mengetahui siapa dirinya yang sebenar.
Bagaimanakah pengakhiran perhubungan di antara Nadia dan Amir? Adakah Nadia dan Red mampu untuk menjejaki Elisa semula? Jalan cerita ini akan menjadi lebih menarik di dalam ‘Di Sebalik Wajah’ di mana penonton akan terus mengikuti perjalanan Nadia untuk merungkai misteri di sekelilingnya. Plot penceritaan yang menarik ini nyata mampu membuat penonton tidak berganjak dan terus menonton drama bersiri ini.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 13-5-2017 12:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by willow12 at 13-5-2017 12:10 PM
Yeayyyyyy ada jugak org bukak tred ni...
Drama romantic thriller ni mmg best giler. Skrip best, music scoring best, camera work best, acting superb!!!! Rugi uolsss tak tgk. The 1st 2 episodes boleh tgk free di application hypptv everywhere.
Post time 13-5-2017 05:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
melnanzz replied at 13-5-2017 03:54 PM
Yes, actually quite excited jugak nak tengok drama ni. Genre thriller ni tak banyak diaorg buat seka ...
Sendu sangat drama ni jah.. Wpun pd iols mmg best sbb original content, bukan adapt2..hehe.. Tp tu lah publisiti kurang sgt..apa lagi sbb tayang kat hypptv..royan sorang2 je lah..
Color grading pun nampak drama ni urban. Wide shot pun kemas... I dont know, tp utk i..mmg somethg random in our local dramas.
Siapa nak tgk
1. Pelakon yg tak heavy make up, pakai bulu mata pelesu bagai...
2. Scene random..kejar mengejar (bukan berlari-lari anak ye) dlm hypermarket
3. Dialogue subtle.. En.razak (the boss) : aku boss atau engkau boss? Fared (the staff journo) : engkau la boss..
4. Scene2 yg agak sweet pun ada..
Semua ada dlm drama ni.
Utk peminat drama yg suka merentan pasal lambakan drama sampah (as claimed by them la) drama ini anda patut tengok. Agak mind blowing, sbb kita tertanya2 wht will happen next..
Post time 13-5-2017 05:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by willow12 at 13-5-2017 05:54 PM
melnanzz replied at 13-5-2017 05:40 PM
Rugi lah kalau drama ni turn out to be very good, tapi orang tak tahu sebab tak ada promosi.
Ak ...
I tgk sbb production filmscape jah.. Secondly, siapa tulis skrip.. Bukan sorang okey..ada bbrp org termasuk enas mokhtar (my fav), fara ashari, mamuvies, hadi m nor.. Gender wise mmg balanced.. And of coz nak tgk the work of director patrick lim yg katanya dok keje kat hollywood jah..
Casts semua best, iols suka sgt kalau part fared n boss dia tu..ada feeling mcm series hollywood sikit.. Dok bergaduh je.. Hehe..
Oleh krn iols ala2 "star struck" dgn drama ni..iols akan spam dgn screenshots scene2 which may catch my attention.. Mohon tt mel beri laluan ye..
Post time 14-5-2017 09:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aliff aziz played amir hisham rais. Iols tak pernah tgk dia berlakon, maybe once dulu la..tp tak notable for me.. Tp for this one, it is acceptable..wpun dia ni agak boyish look to be ceo cfo coo bagai..
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 14-5-2017 09:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Hefny sahad sebagai fared, the journalist. Sblm ni iols mmg tak pernah tgk dia blakon sbb i tau dia ni pengacara je.. For this one, he ia quite promising. Watak fared yg cepat temper..suka melawan ckp boss..ikut kepala otak sndiri.. So far utk 4 episod, he blend it well. Diction dia perfect!
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 17-5-2017 03:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
gerbera.memopad replied at 15-5-2017 11:18 AM
Macam best je. DD ni complete package sgt, lawa & pandai berlakon
Nanti aku tengok k ...
Alang2 dah subscribe hypptv, iols mmg layan drama ni jah..
Hehehe..nak kurangkan tense meroyan tunggu hari rabu n khamis kekdahnye. End up aku stuck with this one.. Tp royan sorang2 je kat sini sbb thred ni completely deserted..takde org mcm padang pasir..kekekeke
Post time 17-5-2017 05:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
gerbera.memopad replied at 17-5-2017 03:41 PM
Kalau dua2 drama mengundang stress acane tu?
Tapi aku mmg tgh carik citer ni online. Aku ...
Original content jah.. Eh takde org haplod ehh..huhuhu nampak sgt drama sendu inside out.. Episod 1 and 2 ada tt tepek link kat atas tu..even kat application hypptv pun theyols bg tgk free.. Cer try tgk..
Drama ni mmg ada tense tapi tense yg kita look forward gituhhh. Takat 6 ep ni la.. Sat gi haku puji lambung2 sgt takut jadi sama mcm drama yg lagi satu tu jugak..tetiba episod tengah2 stagnant je..
But looking at the scriptwriter..keyakinan ku agak tinggi lah jugak..