|
Bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, pasti lebih meriah bila berbuka dengan ahli keluarga mahupun tersayang di Laman Kayangan, yang berlokasi di Shah Alam ini.
Memang menjadi tradisi di sini, menghidangkan pelbagai juadah lazat buat para pengunjung untuk menu berbuka puasa nanti.
Citarasa dua sempadan. Wow, mendengarkannya sahaja membuatkan ramai tertanya-tanya tentang kehebatan menu yang ditawarkan di sini.
Ya, jika anda menyukai menu yang berasal dari Utara Malaysia, di sinilah tempatnya. Bukan itu sahaja, sempadan yang dimaksudkan tidak lain, ialah negara Thailand.
Bayangkan konsep hidangan yang menggabungkan masakan enak dari Utara Malaysia dan Thailand di bawah satu bumbung.
Antara menu terbaik dari Utara yang anda tidak harus lepaskan, termasuklah laksa Kuala Pengelih, gulai lemak pisang, daging acar dengan cili hijau, ayam gulai darat dengan rebung, pelbagai jenis kerabu, sup tulang dan sebagainya.
Manakala, menu Thailand yang menarik perhatian termasuklah tomyam putih, steambot, seafood masak pedas, nasi goreng nenas, ayam kari hijau, ikan daun selasih dan sebagainya.
Terdapat juga gerai istimewa yang menyediakan menu hebat seperti murtabak, fusion pasta, ais krim, bubur nasi, kuih mui, buah campur dan juga 10 balang air pelbagai perisa. Aum!
Harganya? Dijamin antara termurah di Lembah Klang, iaitu RM59 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak atau warga emas. Namun, jika anda membelinya sebelum 25 Mei ini, anda layak mendapat harga early bird iaitu RM45 sahaja untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak dan warga emas.
Antara kelebihan lain, lokasi yang strategik di Seksyen 7 Shah Alam, banyak tempat parkir, ada kemudahan surau dan suasana eksklusif dalam marquee tent.
Laman Web : www.lamankayangan.com
facebook : www.facebook.com/lamankayanganshahalam
instagram : www.instagram.com/lamankayanganshahalam
Add Image Caption Here
|
|