Muzium mungkin menjadi tempat pilihan terakhir untuk dikunjungi jika ke sesebuah negara kerana tidak ramai dari kita yang menyukai tentang benda-benda bersejarah.
Tapi bagaimana jika yang disimpan di dalamnya adalah sesuatu yang unik dan luar biasa seperti alat kelamin haiwan yang diawet?
Jom kunjungi Iceland Phallological Museum, satu-satunya muzium yang dipenuhi kemaluan haiwan mamalia yang diawetkan.
Foto: Daily Mail
Bermula dari yang direndam di dalam air merkuri, digantung di dinding hinggalah yang diletakkan di atas meja sahaja.
Sebut sahaja mahu melihat alat kelamin haiwan tersebar seperti paus atau alat kelamin haiwan kecil seperti kucing? Semua ada!
Pelbagai bentuk dan ukuran pasti akan menjadikan mulut pengunjung ternganga luas kerana kagum dibuatnya.
Foto: Daily Mail
Menurut Daily Mail, muzium ini dibuka untuk memberi ilmu dan pengetahuan kepada mereka yang selama ini mungkin ada yang tertanya-tanya dan kurang jelas.
Terdapat lebih dari 286 alat kelamin mamalia yang dipamerkan di sini, cukup memberi anda pengalaman yang lain dari yang lain.
Alat kelamin paus, Foto: Daily Mail
Alamat:
Laugavegur 116, 105 Reykjavík, Iceland
Ada sesiapa yang pernah ke sini? Jom kongsikan cerita anda. -CARI |