Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok membuat keputusan mengejut apabila menarik balik rayuannya berhubung tuduhan menghina Islam ketika kempen pilihan raya Gabenor pada bulan September lalu.
Memetik laporan Jakarta Post, rayuan yang sepatutnya difailkan di Mahkamah Tinggi Jakarta hari ini itu terpaksa dibatalkan atas permintaan keluarga Ahok.
“Mereka (keluarga Ahok) mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian,” kata peguamnya, Ronny Talapessy tanpa mendedahkan sebab tersebut.
Ketika membaca surat penghargaan yang ditulis oleh Ahok kepada penyokongnya di sidang media, Isteri Ahok yang dikenali sebagai Veronica Tan kelihatan sebak dan menitiskan air mata.
sumber : AFP
Memetik laporan Reuters, Ahok dalam suratnya menyatakan setinggi-tinggi penghargaan buat penyokong setia yang tidak putus-putus mendoakannya, termasuk ada yang menghadiahkan bunga dan buku serta tulis surat.
Selain itu, Ahok juga mengatakan dia sedar masih ramai tidak dapat menerima hakikat, namun bagi dirinya apa yang terjadi, dia telah pun memaafkan dan terima dengan hati yang terbuka.
Dalam surat itu Ahok juga berharap semua penyokongnya berhenti melakukan protes.
Terdahulu, pemimpin berketurunan Cina dan beragama Kristian itu dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun awal bulan ini kerana menghina al-Quran.- CARI
Post time 23-5-2017 07:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
harrypoter replied at 23-5-2017 04:46 PM
tak faham...
maknanya dia taknak buat rayuan la ye, so terima aje la hukuman
Kan pihak prosecutors sendiri yg tak mau hukuman penjara tu dijatuhkan, mereka hanya proposed probation 2 tahun... mungkin prosecutors sendiri yg akan buat rayuan?
Post time 23-5-2017 09:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by tirawa at 23-5-2017 09:11 PM
pyropura replied at 23-5-2017 07:34 PM
Kan?? Gimana kes boleh established hanya dari bideo yg di dictored?? Tak pahan aku sistem judicia ...
Indon berjaya membina integrity social dan unity social pada cinak, tak de sedikitpun cinak ini ade plat cinak langsung bila bercakap , bila tak tengok muka mesti tak tau dia itu cinak, bahasa indon fasih sangat mcam bukan peranakan je
Tengok cinak pemimpin malaysia cakap melayu pelat cinak tu kental sangat , menunjukanintegrity kerajaan dalam.membina social unity gagal