Alahai kasihan dengan A&W yang cintanya ditolak mentah-mentah. Apa cerita sebenarnya ni? Adakah akaun rasmi laman sosial mikro Twitter A&W dirampas (hijack)?
Bersempena bulan mulia Ramadan tahun ini, A&W Malaysia memuat naik sebuah gambar bagi mempromosikan rutbir (root beer) mereka di laman Twitter dan menyeru orang ramai untuk berbuka puasa dengan menghilangkan dahaga di mana-mana restoran A&W berhampiran.
Bagaimanapun, seorang netizen dikenali sebagai Tatty Hassan dipercayai menghidap penyakit gastrik memaklumkan A&W yang penyakitnya akan bertambah teruk jika berbuka dengan rutbir.
Yang lucunya, A&W tidak menasihati Tatty untuk menjaga kesihatannya, sebaliknya twit semula menggunakan 'pick up line' yang agak jiwang!
Kalau orang lain dah 'cair' dengan ayat A&W tu, namun bukan Tatty.
"Sanggup awak buat saya sakit demi kepentingan awak sendiri?" tulisnya.
Siapa sangka A&W Malaysia 'mat bunga' rupanya. Jiwang habislah!
Walaupun sudah sedaya upaya mengambil hati Tatty, 'cinta' A&W tetap ditolak mentah-mentah.
Netizen yang perasan 'permainan cinta' antara mereka 'bersimpati' dengan nasib A&W.
Comel sangatlah A&W Malaysia ni! Tak sangka pula A&W Malaysia jiwang rupanya. Memang terhibur dengan perbualan mereka! - CARI
Foto: Twitter A&W Malaysia
|