View: 4293|Reply: 30
|
Jom Tengok, 5 Pengangkutan Awam Yang Unik Di Dunia
[Copy link]
|
|
Setiap kali keluar mengembara, pastinya kita akan menemui keunikan pada sesebuah negara yang tidak mungkin akan dijumpai di tempat lain.
Bukan hanya dari segi pemandangan atau bangunannya, setiap negara mempunyai kenderaan atau alat pengangkutan khas yang digunakan untuk mengangkut penumpang.
Kalau di Malaysia sendiri kita ada beca yang selalunya menarik ramai pelancong untuk menaikinya, begitu juga dengan beberapa negara di dunia ini. Jom tengok!
1. Kereta buluh, Kemboja
Foto: brucedphoto.com
Uniknya kereta ini kerana ianya diperbuat daripada batang buluh. Negara ini sebenarnya ketinggalan dari kemajuan teknologi namun itulah yang membuatkannya istimewa kerana masih ada lagi kenderaan tradisinal seperti ini. Kelajuannya cuma 40 km per jam.
2. Barco de Totora, Peru
Foto: Thomas Quine
Kalau yang ini memang sangat menakjubkan kerana melihat dari bentuknya sahaja kita sudah tahu ianya lain dari yang lain. Barco de Totora ini digunakan untuk menghantar penduduk setempat menyeberang sungai. Ianya adalah sebuah kapal kecil yang diperbuat dari sejenis rumput yang dipanggil 'cogon grass' dan dibentuk menjadi seperti naga.
3. Teksi Coco, Cuba
Foto: Wikimedia.org
Bagi anda yang berkesempatan mengunjungi Havan, Cuba jangan lupa menaiki teksi ini. Kenderaan ini dinamakan Coco kerana bentuknya yang menyerupai kelapa (coconut). Boleh membawa dua penumpang dalam satu masa dan harganya juga jauh lebih murah.
4. Basikal Bir, Amsterdam
Foto: openminded.com
Pernah tak membayangkan berbasikal sambil minum bir? Amsterdam sendiri menjadikannya sebagai kenyataan kerana kenderaan ini membolehkan anda duduk sambil menngayuh dan meneguk minuman.
5. Tuk-Tuk, Thailand
Foto: Shutterstock
Thailand memang dikenali dengan julukan 'syurga dunia' kerana pemandangannya yang indah serta barangan dan kemudahannya yang murah.Paling terkenal adalah Tuk-Tuk yang menjadi alat pengangkutan istimewa di sana kerana harganya yang murah, selain sangat seronok semasa menaikinya.
Jadi ayuh semua, kita cuba kenderan-kenderaan unik ini. Mana satu agaknya yang paling teringin nak naik? -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
akak nak buat basikal metaphatamine |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nk naik barco de totora tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Woww bestnye if dapat hanimun kat peru tu.iols suke suasana macam tu nyaman. |
|
|
|
|
|
|
|
Keretapi buluh tu best...teringin nak try |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 29-5-2017 05:44 PM
akak nak buat basikal metaphatamine
Lepas penat kayuh ramai2 rompak bank. |
|
|
|
|
|
|
|
Teksi coco tu mmg cute. Dah mcm helmet plak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuk tuk tu kalau dapat driver yg macam harem bleh tercampak keluar penumpang, scary much! |
|
|
|
|
|
|
|
comelnya teksi coco tu .. |
|
|
|
|
|
|
|
naik tuktuk kat thailand, indo n china. best tp seram jugak laa bila diorang mencilok. hee |
|
|
|
|
|
|
|
dah naik tuk tuk di thailand and cambodia ... diorg ni memang terer merempit
naik tuktuk di sri lanka ... sopan sungguh .. tak pandai merempit .. |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik dan unik setiap satunya |
|
|
|
|
|
|
|
igtkan thai je ade tuk tuk
|
|
|
|
|
|
|
|
Nokiaman replied at 30-5-2017 12:07 PM
mimpikan je laa..
mampukah hang pi Peru?
Duit kapai terbang pon da cecah 10K
X mampu. Mampu "teringin" Je. |
|
|
|
|
|
|
|
Teksi Coco tu nampak macam mainan dekat theme park je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|