View: 2987|Reply: 36
|
Lari Selepas Siku Muka Polis, Lelaki Terima Padah
[Copy link]
|
|
Kan dah mendapat! Sudahlah biadab mengeluarkan kata-kata kesat, disikunya pula muka polis.
Seorang lelaki berbuat demikian sebaik sahaja ditahan di Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, kira-kira jam 10 pagi semalam (Rabu).
Foto: Harian Metro
Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan suspek berusia 30 tahun itu ditahan ketika pihaknya menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di lokasi kejadian.
“Lelaki itu dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dokumen pengenalan diri dan lesen memandu dilakukan, tiba-tiba suspek mengeluarkan kata-kata kesat.
“Dia berterusan memaki hamun anggota polis sehingga menarik perhatian orang awam yang berada di sekitar kawasan itu,” katanya.
Sudahlah biadab, suspek juga melakukan provokasi dengan merakam video menggunakan telefon pintarnya ketika anggota polis menulis saman berikutan kegagalannya mempamerkan lesen memandu.
“Anggota polis cuba menghalang suspek daripada merakam video namun lelaki itu mula bertindak agresif dengan menyerang dan menyiku muka anggota polis sebelum melarikan diri ke arah Wangsa Walk Mall, di sini.
“Pasukan bantuan polis segera dihubungi untuk mengesan suspek sebelum dia ditahan di hadapan sebuah premis di pusat beli-belah itu,” katanya.
Suspek dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menghina polis. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik tak kena tembak ....
|
|
|
|
|
|
|
|
padan muka,
bongok sangat |
|
|
|
|
|
|
|
masak la kena beduk kat dalam nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Die acah acah nak main polis sentri ke ape name tu agaknye,hahah |
|
|
|
|
|
|
|
mendapat laa kt dlm lokap tu... |
|
|
|
|
|
|
|
mintak lesen
lesen tak ada.
rakam polis tulis saman.
Polis marah
Siku polis lepas tu lari.
Polis contact polis lain
Jumpa depan mall.--- shopping ke? Hahahah
hahahahahaah hoi upload la video polis tulis saman sebab kau salah tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
time pose nie laa mcm2 peel muncul.... |
|
|
|
|
|
|
|
Weyh berani n ganasnya hahaha mabuk ketum ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon ko dibelasah dgn teruk kt dlm bilik siasatan nnt |
|
|
|
|
|
|
|
pe hal pulak ambil video? nak tunjuk kat sape?
kan dia yg salah... |
|
|
|
|
|
|
|
get ready la kene kt dlm hotel besi. yg pi siku muka org tu pasai apa? haihhh..mcm2 |
|
|
|
|
|
|
|
Siku muka dia balik satu balai tu sume.
Biadabb! |
|
|
|
|
|
|
|
cubaan berlagak berani supaya tak kena saman
hujung-hujung nya mendapat juga
|
|
|
|
|
|
|
|
tidak syak lagi sister....namun motip tag sister kerak?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|