Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung derita apabila ketumbuhan luar biasa pada matanya telah menjejaskan penglihatannya.
Ali Hassan berusia tujuh tahun yang tinggal di perkampungan terpencil di wilayah timur Pakistan merayu rawatan segera kerana ketumbuhan berkenaan boleh membawa kepada kematian.
Daily Mail melaporkan, ketumbuhan tersebut merebak dengan cepat hingga menjejaskan hidung dan mulutnya sehingga menyebabkan kanak-kanak malang ini mengalami kesukaran untuk bernafas dan bercakap.
Foto: Dailymail
Bapanya, Muhammad Mansha meyatakan dia sudah berusaha membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Lahore tetapi hospital tersebut tidak mempunyai kemudahan yang lengkap.
Doktor yang mereawatnya, Mary Lowth memberitahu dia mungkin menghidap sejenis ketumbuhan yang dikenali sebagai Retinoblastoma.
Penyakit tersebut terjadi pada seorang dalam setiap 20,000 kelahiran.
Foto: Dailymail
“Kanak-kanak yang menghidap ketumbuhan yang cepat merebak ini mempunyai peluang yang rendah untuk hidup.
“Namun, rawatan terbukti berkesan dan menyelamatkan banyak nyawa tetapi bagi negara membangun seperti Pakistan hanya 30 peratus pesakit yang terselamat,” katanya. -CARI
Post time 3-6-2017 01:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kecil lagi dah menempuh dugaan yang sangat berat. Semoga tabah & keluarga tak putus asa utk merawat. @cucukpercik NekNgah nak doa juga, semoga sembuh & menjadi khalifah yang cemerlang.