Pelajar Malaysia maut dilanggar bas di Scotland
ZHI Min Soh.
POLIS memeriksa lokasi kemalangan.
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia mengikuti jurusan perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland, Zhi Min Soh, maut selepas dilanggar bas di tengah bandar itu, Rabu lalu.
Mangsa berusia 23 tahun berasal dari Puchong dan memulakan pengajian pada tahun 2015, dilanggar sebuah bas apabila roda basikal yang ditunggangnya terperangkap di landasan trem.
Menurut laporan disiarkan portal berita Edinburgh Evening News, nahas berlaku pada jam 8.30 pagi ketika keadaan lalu lintas sesak teruk.
Min Soh dikejarkan ke Hospital Diraja selepas kejadian itu tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.