CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2013|Reply: 9

Tak Tahan Godaan Ketika Berbuka, 4 Petua Ini Sekat Nafsu Makan Anda!

[Copy link]
Post time 9-6-2017 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Susah betul nak kawal nafsu makan terutama di bulan Ramadan. Semua makanan di bazar nampak menyelerakan! Resipi di Internet pula bikin air liur meleleh. Semuanya menggoda belaka!




Foto: Carian Internet




Jika anda sedang mengamalkan berdiet dan berasa susah untuk mengawal nafsu makan anda, bolehlah cuba empat petua ajaib ini.


Memetik portal Vemale, terdapat beberapa titik akupuntur di tubuh berkaitan dengan sistem pencernaan dan ia boleh ditekan bagi membantu mengurangkan nafsu makan.


Jom cuba sekarang!



1. Telinga




Tekan titik di bahagian luar telinga (gambar) sambil menggerakkan rahang ke atas dan bawah selama seminit.




2. Lutut





Picit titik sekitar 5 sentimeter di bawah lutut sambil menggerakkan kaki ke atas dan bawah dalam dua hingga tiga minit. Titik ini berhubung dengan pencernaan, sekali gus membantu mengurangkan rasa ingin makan.




3. Siku




Selain itu, anda juga boleh picit titik siku yang berkaitan dengan usus besar. Tekan titik di bahagian dalam siku dengan ibu jari dan biar seketika.




4. Buku lali


Foto: Vemale/Cerpen



Menekan titik di buku lali juga membantu melancarkan proses pencernaan dan sistem ketahanan tubuh. Tekan titik di sekitar beberapa sentimeter dari buku lali dan tahan selama seminit sebelum dilepaskan perlahan-lahan.




Itulah serba sedikit cara yang boleh dicuba untuk mengurangkan nafsu makan anda. Semoga maklumat ini bermanfaat dan dapat membantu anda. Selamat mencuba. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2017 03:34 PM | Show all posts
good tips~~
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya minum air seteguk pun dah alhamdulillah. Makan banyak sangat naik lemas badan nak bergerak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 05:19 PM | Show all posts
Betul dapat fruit juice pun dah cukup sebenarnya yang nak berlebih-lebihan tu nafsu makan beyond control je tu.  Kalau jenis pelahap tekan titik2 ni pun belum tentu ada effect buat mereka
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 06:26 PM | Show all posts
Berkesan ke tips ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lg satu kalo nk mkn byk time buka puasa jgn nakan nasi n minum air sejuk byk2.. Minum air suam je.. Pastu rasa la ni sikit, tu sikit.. At least xde la terbuang makanan tu tanpa dijamah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2017 08:25 PM | Show all posts
good tips~~
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2017 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku try esok...
Tak jadi, siapppp...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2017 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ak rs bila dah makanan dpn mata, tips ni mmg dah kelaut dlm ..kah3
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 03:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Good tipss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.323744 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list