View: 4911|Reply: 7
|
Meriahkan Juadah Dengan Aneka Sambal, Jangan Tengok Kalau Tak Tahan!
[Copy link]
|
|
Dalam masakan Melayu, jarang tidak disertakan sekali sambal. Mana taknya, ramai orang kita sukakan makanan pedas. Lagi-lagi kalau pekena dengan ulam, memang terangkat lah!
Sambal bukan sahaja menjadi penambah selera untuk berbuka puasa, malah enak dimakan bila-bila masa sahaja. Jom tengok aneka resipi sambal yang disediakan Puan Lin Zalika menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN)!
1. Sambal Belacan Tumis Tomato
Bahan-bahan A:
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
5 biji cili padi merah
5 biji cili padi hijau
> Kisar kasar
Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan
> Kisar kasar @ tumbuk
Bahan lain:
Tomato
Garam
Gula
Cara Membuat:
1. Tumis bahan B hingga agak garing atau naik bau
2.Kemudian, masukkan bahan A dan tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan tomato, garam dan gula - masak dalam 2 minit.
4. Siap dihidang.
2. Sambal Belacan Mangga
Bahan-bahan:
Buah Mangga
1 sudu besar belacan
3 biji cili besar hijau
5 biji cili padi merah
1 biji limau nipis
Sedikit ikan bilis goreng
Cara Membuat:
1. Hiris mangga sebesar lidi. (Ikut suka nak panjang mana dan banyak mana)
2. Goreng belacan dengan sedikit minyak
3. Kisar kasar cili besar hijau, cili padi merah belacan dan ikan bilis
4. Kemudian campur bahan kisar bersama mangga, sedikit gula dan garam
5. Gaulkan kesemua bahan dan perahkan limau nipis.
6. Sedia untuk dihidang
3. Sambal Cencaluk Mangga
Bahan-bahan:
4 sudu cencaluk
1 sudu besar gula
Semangkuk isi mangga
5-6 biji cili padi merah hijau
3-4 biji bawang merah
2 biji limau kasturi
Cara Membuat:
1. Hiris semua bahan di atas dan gaul sebati
2. Perah limau dan tambah 1 sudu gula
3. Siap untuk dihidang
4. Sambal Totok
Bahan-bahan:
2 genggam ikan bilis (digoreng)
5 biji cili padi hijau
5 biji cili padi merah
4 ulas bawang putih
Sedikit garam
2 biji limau kasturi
Cara Membuat:
1. Goreng ikan bilis bersama cili dan bawang putih
2. Goreng sehingga agak garing
3. Kemudian tapiskan, lalu dikisar kasar atau ditumbuk kesemua bahan tadi bersama sedikit garam
4. Perah limau ketika dihidang
5. Sambal Bilis Tempoyak
Foto: Akmar Jamaludin
Bahan-bahan:
4 sudu besar tempoyak
4-5 biji cili padi merah
2 biji cili besar hijau
Sedikit ikan bilis (suka hati nak banyak mana)
Sedikit garam
Cara Membuat:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing
2. Goreng lada dan cili sekejap
3. Kisar atau tumbuk ikan bilis bersama lada cili dan sedikit garam
4. Setelah siap, taburkan di atas tempoyak atau letakkan di tepi tempoyak semasa dihidang
Fuh, semuanya bikin kecur air liur! Selamat mencuba ya. - CARI
Kredit resipi: Puan Lin Zalika |
|
|
|
|
|
|
|
Sambal budu takde tt? Huuuuuu Sedapnyaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
I serik dgn cencaluk..jumpa CICAK dlm botol |
|
|
|
|
|
|
|
sambal tomato ayam penyet tak de ke..sedap sgt k |
|
|
|
|
|
|
|
Ni semua kegemaran mak I...tapi I x minat sambal |
|
|
|
|
|
|
|
sambal totok dgn sambal tempoyak..boleh habis nasi seperiuk wei |
|
|
|
|
|
|
| |
|