Baru-baru ini Sharifah Amani dikatakan bengang dengan netizen yang mengecam cara pemakaiannya.
Dalam foto yang dimuat naik di Twitternya, pelakon ini menggayakan baju kurung Kedah yang dipadankan dengan seluar jeans koyak.
Foto: Twitter Sharifah Amani
Kapsyennya, "Kurung Kedah top, ripped jeans, jet black hair and Timberlands."
Terus sahaja entrinya itu mendapat reaksi dari para netizen yang kebanyakannya mengkritik dan mengeluarkan kata-kata negatif.
Mereka berpendapat bahawa Sharifah Amani tidak sepatutnya memadankan kedua elemen tersebut kerana tidak bersesuaian dengan budaya Malaysia.
Dia sepatutnya lebih peka dengan baju yang dipakainya supaya dapat menjaga tradisi pemakaian baju kurung yang sedia ada.
Ada juga yang mendakwa aktres filem ini tidak sensitif dan mempersoalkan tentang keluarganya yang dikatakan tidak melarang dirinya daripada berpakaian sebegitu.
Bagi membalas balik semua kata-kata 'longkang' itu, Sharifah Amani bertindak memuat naik sekeping gambar bersama neneknya.
“Aku pakai baju kurung Kedah dan jeans kau yang rasa panas. Nenek gua tak sekejam nenek lu bro,” tulisnya.
Tapi macam biasalah, netizen mula membalas balik.
Kalau macam ni gayanya, sampai bila pun tak selesai. Tak begitu? -CARI |