CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1053|Reply: 1

Mickey Mouse 'Sorok' Heroin

[Copy link]
Post time 29-6-2017 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Taktik licik tiga lelaki mengaburi mata polis gagal apabila dadah yang disembunyikan di dalam patung 'Mickey Mouse’ dapat dihidu pihak berkuasa.


Penjenayah terbabit ditahan di sebuah rumah di Kampung Beris Lampu, Kuala Besut, Isnin lalu, lapor Bernama.




Foto: Internet




Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata kepada media semalam, pihaknya menemui patung berkenaan di bawah katil di dalam sebuah bilik di kediaman itu.

“Apabila pemeriksaan dilakukan ke atas patung berkenaan, polis menemui empat botol plastik cerah mengandungi heroin seberat 22 gram, 65 biji pil Eramin 5 dan empat biji pil Methamphetamine  yang kesemuanya bernilai RM5,023," katanya.


Suspek berusia antara 25 hingga 27 tahun dan dua daripadanya merupakan seorang buruh, manakala seorang lagi nelayan.


Mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

"Kesemua mereka turut didapati positif dadah ketika ditahan," katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2017 01:30 PM | Show all posts
dh besar cm bapak org ada patung mickey mouse
mmgla sesuatu sgt

padan muke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.035502 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list