KUALA LUMPUR: Penulis komik terkenal "Aku Hidup Dalam Blues", Azzam Supardi dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi akibat sakit jantung di Hospital UiTM Sungai Buloh, lapor Utusan Online.
Azzam yang lebih dikenali dengan nama Toyon dilaporkan telah dimasukkan ke hospital sejak 24 Jun lalu dan terpaksa meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di hospital.
Menurut rakan perjuangan beliau, Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang telah dibawa pulang ke rumahnya di Suajana Utama dan akan diuruskan di Masjid a-Nur, Saujana Utama.
Apa yang menyedihkan, catatannya di laman Fecebook berbunyi "aku penat...aku letih...bantu aku...tolong aku...dapatkan kembali tidurku yang hilang," rupanya tanda beliau akan pergi 'tidur' untuk selamanya.
"Aku Hidup Dalam Blues'' merupakan siri komik yang amat terkenal pada tahun 90-an merupakan hasil kerjasama Toyon dan pelukis Shaari Sulong yang dikenali dengan nama Aie.
''Aku Hidup Dalam Blues'' antara komik yang dimuatkan dalam majalah kartun Ujang, komik itu kemudiannya dikumpulkan dan diterbitkan menjadi buku. - Siakapkeli.my
Post time 4-7-2017 05:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Innalillahi wainnailaihi rojiun..Al Fatihah utk arwah. Me salah sorg peminat komik ni. X bkesempatan nk wat koleksi smpai habis. Btw sape2 yg ade sumber dari mula smpai habis, mohonla share..
Cte n lukisan yg berkualiti
Diserang Sakit Jantung, Penulis 'Aku Hidup Dalam Blues' Meninggal Dunia
sumber : Berita Harian & mynewshub
Penulis komik 'Aku Hidup Dalam Blues', Azzam Supardi meninggal dunia di Hospital UiTM Sg Buluh pagi tadi akibat serangan jantung.
Memetik laporan Berita Harian, jenazah penulis itu dikebumikan di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Allahyarham seakan-akan dapat merasakan akan pergi buat selama-lamanya apabila memuatkan catatan terakhir di akaun Facebook miliknya pada pada awal pagi 30 Jun lalu:
“Aku penat...
aku letih...
bantu aku...
tolong aku
dapatkan kembali tidurku yang hilang.
Berdasarkan status bertarikh 24 Jun, Azzam memberitahu dia telah dimasukkan ke hospital dan terpaksa menyambut perayaan Aidilfitri kali ini di situ.
'Aku Hidup dalam Blues' merupakan sebuah novel ilustrasi bersiri diusahakan Azzam mula disiarkan pada 1991.
Selain Azzam yang dikenali dengan nama pena Toyon, Aku Hidup Dalam Blues turut mendapat sentuhan pelukis Shaari atau nama penanya Aie.
Sementara itu kartunis Ujang berkata Azzam adalah seorang kawan yang baik dan mudah mendengar kata sepanjang menerbitkan majalah Ujang.
Persahabatan antara Ujang dan Azzam juga melalui tempoh yang lama.- CARI
Post time 4-7-2017 05:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
jdi jgkaan aku melayu akn rmai plak sakit buah pinggang dlm tmpoh 5-10 akan dtg. dok telan pil itu ini. tahla da rmai melayu mnggal accidnt tp cash la klo mat rempit