Kredit foto - matmin916.blogspot.my
Penggemar cendol sekalian pernah tak makan Cendol Sagu Rumbia? Rasanya pasti tak ramai di kalangan kita pernah menikmati keenakan cendol yang luar biasa ini.
Kandungan dan bahan-bahannya sangat simple, hanya santan, gula merah & sagu rumbia sahaja tapi rasanya memang sedap. Selain warnanya yang berbeza dengan cendol di pasaran, keistimewaan sebenar cendol sagu rumbia adalah terletak pada isinya yang sangat kenyal.
Kredit foto - matmin916.blogspot.my
Jika anda ingin menikmati keenakan cendol sagu rumbia ini bolehlah berkunjung di Kampung Lambar, Batu 11, Jalan Labu, Seremban. Di sinilah satu-satunya pengusaha cendol sagu rumbia yang masih aktif di Seremban selepas 15 tahun berkecimpung dalam pembuatan cendol.
Bukan setakat penduduk tempatan sahaja yang berkunjung ke kedai cendol ini malah ramai pengunjung luar dari Melaka, Selangor dan Johor sanggup bertandang semata-mata ingin menikmati cendol ini.
Kredit foto - matmin916.blogspot.my
Selain cendol sagu terdapat juga karipap yang dihidangkan secara panas-panas kerana karipap hanya digoreng setelah mendapat pesanan dari pelanggan.
Kredit foto - matmin916.blogspot.my
Harga untuk semangkuk cendol sagu rumbia ini hanyalah RM2.50 sahaja. Kedai cendol ini dibuka pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai jam 11 pagi hingga ke 6 petang. - CARI
|