Umum tahu lemon mengandungi banyak khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan. Malah, ia juga merupakan salah satu bahan detoks yang mengagumkan.
Foto: www.today.com
Selain itu, portal Boldsky melaporkan kandungan berkhasiat dalam lemon mampu menyingkirkan batu karang! Jom tengok ramuan semula jadi yang dibuat daripada lemon ini bagi merawat penyakit berkenaan!
Foto: Healthline
1. Air perahan lemon
Foto: wikiHow
Kandungan asid sitrik dalam lemon membantu mencegah pembentukan batu karang dengan meningkatkan tahap keasidan air kencing.
Ambil 2 sudu besar hingga setengah cawan perahan lemon setiap hari atau anda boleh mencampurkannya dengan air suam serta madu.
2. Air perahan lemon dan cuka epal.
Foto: Youtube
Cuka epal kaya dengan kandungan asid asetik yang sangat berkesan dalam merawat penyakit batu karang jika dicampurkan dengan jus lemon.
Campurkan (setengah biji) air perahan lemon dan satu sudu besar cuka epal dengan segelas air. Minum ramuan ini setiap 2-3 jam sekali setiap hari bagi menghilangkan rasa sakit, sekali gus mempercepatkan proses pemulihan.
3. Air perahan lemon dan minyak zaitun
Foto: https://steptohealth.com
Asid asetik dalam lemon mampu melarutkan batu karang, sementara minyak zaitun mencipta lapisan dinding pada bahagian dalam ginjal bagi mengurangkan rasa sakit ketika proses peluruhan berlaku.
Minum campuran perahan lemon dan minyak zaitun selama tiga hari berturut-turut bagi proses pelarutan ini berjalan lancar.
Biasanya lelaki yang akan menghidap penyakit batu karang ini, tapi jangan sangka wanita terkecuali dari terkena penyakit ini ya. - CARI |