CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4450|Reply: 54

[Tempatan] Eh...Helllooo Hasmah yg Queen Control okay bukan Rosmah...

[Copy link]
Post time 26-7-2017 08:49 AM | Show all posts |Read mode
RAKYAT Malaysia tahu bahawa segala tohmahan pembangkang yang diketuai DAP terhadap isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah tidak benar. Namun memandangkan mereka terdesak untuk menang dalam pilihan raya umum maka mereka mengambil jalan mudah menghalalkan dosa fitnah tersebut.

Antara tuduhan yang tidak benar mengenai Rosmah ialah wujudnya dakwaan isteri perdana menteri itu mengawal suaminya, Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya serta mempunyai pejabat di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Tahukah anda bahawa isteri kesayangan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang mengawal suaminya selama ini? Boleh dikatakan hampir kesemua adik beradik Siti Hasmah mendapat jawatan besar dan harta benda yang banyak ketika era pemerintahan Mahathir.

Rosmah Mansur yang dituduh mengawal suaminya itu pula merupakan anak tunggal. Malahan anak-beranak Rosmah sendiri tidak ada sebarang kepentingan dalam bidang politik mau pun perniagaan dalam Malaysia. Ternyata beliau tidak pernah mengenakan sebarang tekanan terhadap suami agar memberi projek atau jawatan kepada ahli keluarga.

Berlainan pula dengan Siti Hasmah yang mempunyai ramai adik beradik. Antara adik-beradik Dr Siti Hasmah ialah :
1. Jenderal Bersara Tan Seri Hashim Muhammad Ali – Bekas Panglima Angkatan Tentera
2. Tun Muhammad Ismail Mohd Ali – bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, pengerusi PNB
3. Tan Seri Ahmad Razali Mohd Ali – bekas Menteri Besar Selangor.
4. Datin Siti Saliha Mohd Ali
5. Dato Muhammad Jaafar Mohd Ali

Dalam tahun 1982 Jenderal Bersara Tan Seri Hashim Muhammad Ali mengambil alih tampuk pemerintahan Divisyen Kedua Infantri yang berpangkalan di Pulau Pinang. Kemudian beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Turus Tentera Darat. Dalam bulan November 1985, beliau dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Darat. Dalam bulan Oktober 1987, beliau mengambil alih jawatan Ketua Turus Angkatan Tentera sehingga persaraannya dalam bulan April 1992.

Kemudian Hashim dilantik menjadi pengarah di beberapa buah syarikat tersenarai di Bursa Kuala Lumpur. Beliau turut dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi SUKOM Ninety Eight Berhad, syarikat yang ditubuhkan Kerajaan Malaysia untuk menganjurkan dan menguruskan Sukan Komanwel 1998 ke-16 di Kuala Lumpur yang diadakan pada 11 – 21 September 1998. Semua perkara ini berlaku di zaman Mahathir menjadi PM.

Tan Sri Ahmad Razali Mohamed Ali pula merupakan Menteri Besar Selangor dari 3 Mei 1982 – 14 Ogos 1986, juga ketika Mahathir menjadi PM. Kisah kekayaan luar biasa anak-anak Siti Hasmah juga bukan perkara baru kepada rakyat Malaysia.

Rosmah yang tidak ada sebarang kepentingan untuk diri beliau sering menjadi mangsa fitnah pembangkang. Antara tuduhan yang tidak benar mengenai Rosmah ialah mempunyai pejabat di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Hakikatnya kewujudan pejabat berkenaan sebenarnya telah ada semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia bagaimanapun dihentikan semasa Najib mengambil alih sebagai perdana menteri. Datin Seri Rosmah tak pernah sekali pun masuk ke pejabat itu.

Pejabat berkenaan terletak bersebelahan dengan pejabat perdana menteri dan ia merupakan tempat di mana isteri wakil kenamaan dari luar negara ditempatkan semasa perdana menteri menerima lawatan rasmi. Bagaimanapun Rosmah lebih suka menerima tetamu di kediaman rasmi mereka di Seri Perdana.

Rosmah hanya pernah mengunjungi PMO sebanyak dua kali setahun iaitu semasa kakitangan PMO membuat jamuan hari jadi serta pejabat berkenaan menjadi tuan rumah untuk majlis rumah terbuka.

Rakyat Malaysia digesa agar tidak mempercayai pembohongan pembangkang yang diketuai DAP. Sepuluh kenyataan mereka, tidak ada satu pun yang boleh dipercayai. Pembangkang dan fitnah sudah terlalu sinonim.
-PRU14.tv



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahah.. Ini lawak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 09:11 AM | Show all posts
ooohhhh..mcm tu ker...
kehkehkehkeh....
apa2 lahhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 09:11 AM | Show all posts
oooo ds rosmah anak tuggal rupanya.. i ingat dia ada siblings..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 09:13 AM | Show all posts
kelakarnya. dh xde apa sangat sampai siti hasmah pon depa nk ajak gaduh. demi bik mama
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Rosmah anak tunggal ke?  Bkn dia ada adikblelaki yang dia x ngaku adik tu ke?  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2017 09:27 AM | Show all posts
pulak dah..tapi aku nengok helok je Tun M masa jd PM..tade isu lain ke deyollss ni? yachhh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah memang keturunan helok2...

Hasmah tu pakai simple2 kain cotton pun nampak classy...nan sorang tu beli kain jota2 dari Jakel pun nmpk kepam....acaner...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 09:39 AM | Show all posts
kesian bik mama kena kecam selama ni rupa2nya cuma fitnah. buta mata betul la semua org tak nampak selama ni yang queen control tu hasmah. ee kenapa korang dengki sgt dgn bik mama aaa? jeles lettew kan. dasar dengki dan busuk hati la acik2 kepam semalaysia ni. kesian tau bik mama anak tunggal tak ada adik beradik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edisi barang yg kepas jgn dikenang.. zmn mahatir dulu xde gst pun dpt gak klcc
Malas la ngan permainan politik msia ni..
every leader has his weakness.. tu jerrr..
tp jgn sampai weakness tu menyusahkan rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujung2 rakyat yg bodo kena game dgn politaik
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:19 AM | Show all posts
ikon menabung negara tetap yang sesuci embun pagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:22 AM | Show all posts
suka sgt kacau keluarga pemimpin terpuji tun m tau. apa salah beliau?? kan malaysia moden ada klcc, highway dan IPP...ekonomi melayu pon maju tengok la contoh tokoh usahawan melayu....mokhzani dan mukhriz yg berjaya atas usaha mereka sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:47 AM | Show all posts
jilat sampai licin
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:50 AM | Show all posts
DAP juga yg salah
yg buat klip pmpn puaka tu,

ahli keluarga dia juga,

mana pnah dlm sejarah negara, ahli keluarga sendiri buka pekung psl ahli keluarga

cmtu pn nk bakup lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 11:12 AM | Show all posts
Artikel sampah dari JASA penjilat tegar UMNO.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini lah lawak paling kelakar di abad ini
.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 11:22 AM | Show all posts
hehehhe.. baca tajuk pun dah kelakar..  belum baca  berita lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg tergamak tulis mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 11:24 AM | Show all posts
projek permata siapa punya dik?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.063687 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list