Edited by spiderman80 at 2-8-2017 10:01 PM
Imej pocong yang didakwa dirakam di stesen MRT Cheras disedari anggota yang bertugas di bilik kawalan stesen berkenaan.
KUALA LUMPUR – Satu imej berbungkus menyerupai hantu pocong didakwa dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Cheras baru-baru ini.
Imej berbungkus kain berwarna putih itu yang dilihat berdiri di satu sudut di dalam MRT itu tular di laman sosial dan aplikasi Whatsapp hari ini.
Ia menyebabkan ada dalam kalangan netizen rasa gerun untuk menggunakan perkhidmatan tren tersebut pada waktu malam.
Berdasarkan maklumat, imej itu disedari anggota yang bertugas di bilik kawalan namun tidak dinyatakan bila kejadian itu berlaku.
Imej tersebut yang dikongsikan di beberapa group aplikasi Whatsapp sebelum heboh ditularkan terutama mereka yang ingin mengetahui kesahihannya.
Bagaimanapun imej yang tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi itu belum tentu benar. Entah-entah ia sekadar permainan aplikasi telefon bimbit atau gambar lama di negara lain yang sengaja disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab.
http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/08/01/pocong-muncul-di-stesen-mrt-cheras/
|