Edited by spiderman80 at 11-8-2017 09:30 PM
PIHAK berkuasa diminta mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah kehadiran sekumpulan babi hutan di taman permainan Jalan Bayu 16, Bandar Seri Alam, Johor, sejak lebih sebulan lalu.
Kesucian peralatan taman permainan itu dipersoalkan apabila Nur Aisyah Samian, 26, memuat naik gambar dan video sembilan babi hutan memasuki taman permainan itu petang semalam.
Video dan gambar yang dimuat naik Nur Aisyah di Facebook (FB) mendapat perkongsian 4,800 netizen.
"Ini adalah kali pertama saya melihat sembilan ekor babi hutan berkeliaran di taman permainan kawasan itu. "Sebelum merakam gambar berkenaan, saya sekeluarga dari Taman Megah Ria melalui kawasan berkenaan sebagai jalan pintas ke Plentong untuk keluar makan.
"Terkejut melihat babi hutan dan atas rasa tanggungjawab sebagai umat Islam, saya ambil gambar, video dan muat naik di FB supaya penduduk lebih berhati-hati kerana haiwan ini haram bagi umat Islam," katanya.
|