CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9437|Reply: 58

Zara Zya Tak Nak Tengok Cermin

[Copy link]
Post time 11-8-2017 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


SELEPAS berjaya menjalani pembedahan ketumbuhan kelenjar di bahagian pipinya awal Julai lalu, terbaru pelakon Zara Zya terbuka berkongsi keadaan dirinya kepada peminat.

Zara, 31, berkata, biarpun masih belum pulih sepenuhnya namun dia yakin berkat doa peminat dan sentiasa berfikiran positif, penyakit tersebut tidak lagi singgah kepadanya.

"Alhamdulillah, dah boleh gelak happy-happy dah. Ada sisa bengkak sikit saja lagi tapi jangan layan sangat. Saya anggap saya seratus-peratus dah sihat.

"Cuma kena rajin gerak-gerakkan muka je memandangkan saraf muka belum pulih sepenuhnya. Dugaan di mana saya belum mampu dapatkan reaksi sebenar," ujarnya.

Zara berkongsi perkara tersebut pada satu keterangan gambar yang dimuatnaik di laman Instagramnya.



Gambar yang menunjukkan sebahagian daripada bekas parut selepas pembedahan menerima lebih 500 komen peminat dan rakan-rakan artis yang mendoakan dirinya kembali sembuh seperti sediakala.

Tambah Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, adakalanya dia berasa cemburu melihat kesempurnaan insan lain.

Namun sebagai motivasi diri, dia mengambil langkah untuk terus memujuk diri bahawa masih ada insan yang lebih teruk menerima dugaan berbanding dirinya di luar sana.

"Buat masa sekarang malas nak tengok cermin sangat. Saya reda dan yakin akan pulih. Semoga penyakit ini tidak akan kembali, amin," tulisnya lagi.

Dalam pada itu, kata pelakon Tuan Anas Mikael ini lagi, dia turut mengamalkan beberapa tip yang disarankan peminat antaranya mengunyah gula-gula getah sebagai senaman untuk saraf muka.

Awal Julai lalu, Zara menjalani pembedahan yang memakan masa selama tiga jam bagi membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipinya.

Ketumbuhan yang dahulunya kecil semakin membesar sebelum dia mengambil keputusan untuk membuangnya kerana boleh mengakibatkan kanser.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... Vf5Fcxh08XjVzgLt.99
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2017 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Skeri gmbr tu..meols yg rasa ngilu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 12:03 PM | Show all posts
Sheols berlakon not bad tapi kesian takde aura..Get well soon scary tgk jahitan
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dalam sakit2 tu aktif dia ni ambik order lunch pack
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
X silap dia pernah citer masa kecil dia ada sakit jantung berlubang.. tapi dah operate.. semoga kuat zara...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruk jugak kene operate tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2017 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
meols suka sheols blakon komedi...sheols sempoi sempoi cute gitew...maybe sbb sheols dah kertu so xdela sheols nk menggedik mcm BBNU... sheols pandai masak..pakata buat program memasak..mana tau leh lawan sis sheilot
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 01:00 PM | Show all posts
Semoga cepat sembuh Zara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2017 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram tgh berjahit panjang2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai gak followers zara ni. One thing zara ni baik dgn semua rakan artis. Dalam proses nak recover dari pembedahan pun rajin post memasak kt IG & cari rezeki amik order for lunch pack
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
As artis mmg dia akan rasa down la
Muka cari makan dah berparut
Yg penting dah selamat operate & semoga penyakit tu xdatang balik
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 03:10 PM | Show all posts
aku salu konfius dia ni dgn izreen
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 03:12 PM | Show all posts
-electrifying- replied at 11-8-2017 03:10 PM
aku salu konfius dia ni dgn izreen

lainnyeee nak oiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 03:12 PM | Show all posts

ya mmg lain ! hahaha
cme otak ini terkeliru mummyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 03:14 PM | Show all posts
-electrifying- replied at 11-8-2017 03:12 PM
ya mmg lain ! hahaha
cme otak ini terkeliru mummyyyyy

terkeliru jauh sangat nak oiii... ibarat beza antara anak i dengan aisyah anak che ta
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku terliur gak tgh lunch box dia. Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2017 03:16 PM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 11-8-2017 03:14 PM
terkeliru jauh sangat nak oiii... ibarat beza antara anak i dengan aisyah anak che ta :curs ...

biasa la sis, keje dok who r yuss kan org je, mmg la kkdg keliru
amboi siap bezakan dgn ank che ta
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 03:18 PM | Show all posts
-electrifying- replied at 11-8-2017 03:16 PM
biasa la sis, keje dok who r yuss kan org je, mmg la kkdg keliru
amboi siap bezakan dgn ank ch ...

beza rupa dan umur tapi nama sama
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 03:25 PM | Show all posts
retis pon rakyat marhaen mcm kita2 jugak uolls

siang keje opis malam bako kek buat side income
siang keje cikgu malam ngajo tusyen
siang driver bos malam buat uber/grab car

hehe..

simpanan utk hari2 akan datang..

suka tgk dia berlakon..
semoga diberi kesembuhan oleh Allah..

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 03:27 PM | Show all posts
kalo pegang bekas jahitan tuh mesti dia rasa ngilu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54266 Replies : 17
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54365 Replies : 2
Notis muflis ke atas Che Ta, anak oleh MARA
maklukpenggodaNotis muflis ke atas Che Ta, anak oleh M
Views : 42819 Replies : 202
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 278974 Replies : 8143
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 31169 Replies : 32
'Tak takut ke esok Allah hisab?' kontraktor pula 'expose' perangai Che Ta selepas MARA
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 753 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50117 Replies : 168
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 45196 Replies : 165
Biar papa asal bergaya - che ta tak bayar gaji driver
zurieyBiar papa asal bergaya - che ta tak baya
Views : 74022 Replies : 711
KL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
maklukpenggodaKL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
Views : 15459 Replies : 37

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.166351 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list