CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1205|Reply: 12

[Tempatan] Polis tahan 11 Orang Asli di Perak

  [Copy link]
Post time 13-8-2017 05:42 PM | Show all posts |Read mode
https://www.malaysiakini.com/news/391745#UQOGUoO1E1pBCMwl.97


Seramai 11 penduduk Orang Asli dari Pos Piah berhampiran Gerik, Perak ditahan atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

Tangkapan itu disahkan seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik dan mereka disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Menurut Anggota Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, sekumpulan pegawai polis dan pegawai Jabatan Perhutanan, datang ke Pos Piah hari ini bersama pihak pembalak untuk membuat tangkapan.

Jeyakumar dalam satu kenyataan malam ini berkata Orang Asli berkenaan hanya mahu mengadakan sesi dialog dengan Pejabat Hutan mengenai pembalakan di kawasan mereka dan saiz serta lokasi yang telah diluluskan
"Mereka mahu tahu impak projek "pembangunan" ini terhadap kualiti air sungai mereka yang merupakan satu-satunya sumber air mereka dan sumber ikan. Mereka khuatir ekonomi yang bergantung kepada binatang dan tumbuhan hutan akan dimusnahkan," katanya.


Jeyakumar berkata penduduk berkenaan juga telah menulis surat kepada Jabatan Perhutanan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) pada 30 Jun dan 24 Julai lalu.

Sebelum ini, Orang Asli di kawasan berkenaan mengancam untuk membuat sekatan bagi menghalang pembalakan sekiranya kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan tidak mengadakan pertemuan dengan mereka untuk membincangkan perkara itu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2017 05:45 PM | Show all posts
Berita Sebelumnya

Penduduk Orang Asli di Pos Piah, dekat Sungai Siput, Perak, sudah bersedia untuk membuat sekatan anti pembalakan sekiranya kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan tidak mengadakan pertemuan dengan mereka untuk membincangkan perkara itu.

Semalam, wakil dari kumpulan itu berkumpul untuk mengemukakan surat kepada pejabat Jabatan Perhutanan Kuala Kangsar, bagi mengadakan pertemuan dalam usaha untuk mencari penyelesaian secara baik terhadap isu tersebut.

Ini selepas komuniti Orang Asli di Gua Musang berdepan dengan pencerobohan pembalak, walaupun terdapat perintah mahkamah yang menghalang pembalakan di sekitar kampung mereka.


Pos Piah terletak di hutan simpan Piah, tetapi tidak jelas sama ada pembalakan telah dibenarkan walaupun terdapat perintah mahkamah.

Ini adalah salah satu isu yang ingin dijelaskan oleh kumpulan itu semasa pertemuan yang dihajatkan itu.

Shazni Bhai, pegawai khas kepada Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj, berkata pejabat MP itu menerima aduan dari pihak Orang Asli minggu lepas.

"Memandangkan pembalakan di kawasan itu telah berjalan selama beberapa bulan sekarang, mereka mahu kami (campur tangan) dan membantu (mengatur) pertemuan dengan Jabatan Perhutanan dan kerajaan negeri Perak.

"Walaupun, dari apa yang saya dengar dari mereka (wakil Orang Asli), pembalakan telah berjalan di kawasan itu sejak tahun 1970-an," kata Shazni ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, Orang Asli bimbang kerana jalan laluan bagi projek pembalakan itu hanya satu kilometer jauhnya dan akan menjejaskan kehidupan mereka.

Masyarakat itu menyara kehidupan mereka daripada hasil penjualan herba dan buah-buahan yang diperolehi di hutan itu.

Mereka juga bimbang kerja-kerja pembalakan itu akan mencemarkan sumber air mereka.

Kira-kira 20 penduduk dari Pos Piah dan Kampung Kembok yang berhampiran sebelum ini bertemu dengan syarikat pembalakan yang mahu membalak tanah rayauan dan membawa perkara itu kepada pihak berkuasa, sejurus selepas itu.
Dalam satu kenyataan berasingan, Shazni berkata projek pembalakan itu tidak mematuhi prinsip yang berasaskan kepada deklarasi yang disokong oleh kerajaan, seperti Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Hak Orang Asli.

Ini mendorong beliau dan kumpulan Orang Asli untuk menghantar surat kepada Jabatan Perhutanan Kuala Kangsar bulan lepas
.


[Baca berita penuh/asal]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2017 05:50 PM | Show all posts
KUALA KANGSAR: “Mengapa pihak kerajaan meluluskan sijil pembalakan ini”, demikian luahan 20 orang penduduk Kampung Orang Asli Pos Piah.


Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Pos Piah, Najib Alang

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Pos Piah, Najib Alang berkata penduduk kampung berkenaan membantah penerokaan hutan yang didakwa dilakukan sekitar satu kilometer daripada rumah mereka.

Malah katanya, sebuah syarikat pembalakan telah memulakan kerja-kerja pembalakan di kawasan Tanah Adat di Kampung Kembok, Pos Piah yang dikhuatiri akan memberikan kesan terhadap kehidupan penduduk setempat.

“Kami sayang hutan dan tanah dan jika tiada itu kami seolah tiada kehidupan.

“Mengapa pihak kerajaan meluluskan sijil pembalakan ini dan sebab itu kami tidak berpuas hati kerana ia menjejaskan kehidupan seharian kami,” katanya kepada media setelah menyerahakan surat bantahan kepada Jabatan Hutan Daerah Kuala Kangsar di sini hari ini.

Surat bantahan tersebut dihantar bagi meminta pihak berkenaan memilih satu tarikh yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat dengan pihak terlibat termasuk penduduk kampung Pos Piah sendiri mengenai tindakan pembalakan itu.

“Pihak ini tidak berbincang terlebih dulu dengan Tok Batin dan penduduk Kampung Pos Piah sendiri dan hanya mendengar persetujuan daripada satu pihak sahaja,” katanya.

Tambah Alang lagi, pihaknya akan membuat satu laporan Polis hari ini dan meminta agar proses pembalakan dihentikan sementara sehingga proses pembincangan diadakan semula.

Pihak kerajaan perlu kesiankan kami, di sini kami hidup, pertimbangkan tentang pembalakan itu.

“Kami khuatir sumber hutan seperti tumbuhan herba dan makanan akan terjejas kerana pembalakan ini [/b
]dan ini yang kami sayang menceroboh,” katanya.

http://peraktoday.com.my/2017/07 ... ktiviti-pembalakan/
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian org asli dirompak ketuanan melayu yg menyamar sebagai bumiputera
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 06:03 PM | Show all posts
kasi santau depa tu tok batin
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Demi untuk pembangunan. Kesian org asli
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2017 09:14 PM | Show all posts
tak payah tengok jauh2, kat sini pun ada manusia rakus merampas hak dan tanah org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 11:12 PM | Show all posts
Edited by pattahamie at 13-8-2017 11:13 PM

kesian betul orang asli ni. kenapa mereka pulak di tahan padahal itu tanah mereka dan itu gaya hidup mereka. kambing betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2017 05:38 AM | Show all posts
Orang Asli.......Bumiputra yang sebenar...yang menceroh....pasai tamak haloba...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 05:38 AM | Show all posts
Orang Asli.......Bumiputra yang sebenar...yang menceroh....pasai tamak haloba...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 08:34 AM | Show all posts
kasihan...tujuan nak pertahan tanah adat tapi ditahan....harap penyangak2 babi perompak hutan ni mati kena timpa pokok balak
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 09:52 AM | Show all posts
ni kalu kt kelantan , abis kene ratib dlm berita tv3 , smpai sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 11:18 AM | Show all posts
ade duet hang xkena tahan punya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.064803 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list