CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1392|Reply: 13

39 Termasuk 4 Kanak-Kanak Terperangkap Di Menara Tiger Sky Tower

[Copy link]
Post time 14-8-2017 11:21 AM | Show all posts |Read mode


sumber : internet




sumber : www.todayonline.com/s



Petang Sabtu lalu, menara berputar Tiger Sky Tower di Sentosa, Singapura ditutup selepas 39 penumpang termasuk empat kanak-kanak dan seorang operator terperangkap lebih empat jam di menara tersebut.


Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.30 petang itu, Sky Tower yang mampu memuatkan 55 penumpang pada satu-satu masa tiba-tiba berhenti pada ketinggian 30 meter ketika sedang menaik.


Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataan di Facebook, kabin penumpang Sky Tower itu dibawa turun secara mekanikal kira-kira pukul 9.45 malam.


Channel NewsAsia melaporkan Pengarah Sky Tower Alexander Melchers berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan untuk memutuskan tarikh mereka akan mendapat permit operasi untuk meneruskan semula operasi menara itu.

“Kami mengambil keputusan untuk menggantung operasi sehingga kami tahu apa yang berlaku supaya kami dapat memastikan daya tarikan ini akan terus beroperasi dengan selamat.”

“Namun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian kali ini."


Pada ketinggian 131 meter dari aras laut, panorama di sekitar Sentosa, pulau-pulau di selatan Singapura, negara jiran Malaysia dan Indonesia dapat dilihat dengan menaiki Sky Tower ini.


Tidak hairanlah jika ia dikatakan menara pemerhatian tertinggi di Singapura.


Ini merupakan kali ketiga operasi Sky Tower terpaksa ditutup yang mana kali pertama dan kedua berlaku pada 2010.- CARI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2017 11:31 AM | Show all posts
syukurlah tiada kejadian serius..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 11:51 AM | Show all posts
Ai pon penah tersangkut 15min kat skyride sentosa island. Dah la kita gayat, tgh hari rembang plak tu. Rentung terus.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 11:55 AM | Show all posts
Lama jugak mereka terperangkap nasib le semuanya selamat
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 12:03 PM | Show all posts
mujur rusak2 begitu benda ala tu tak terus terjunam ke bawah kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 12:04 PM | Show all posts
isu kesilapan teknikal ni biase, yg penting kecekapan emergency plan tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2017 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam tu ada tandas ke? Kalau orang nak terkencing ke terberak ke macam mana?
4 jam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 03:37 PM | Show all posts
kalu singapore macam tak rasa cemas sangat
tapi kalo kejadian di indonesia ke, atau mexico ke..rasa takut lebih sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2017 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
SecretLuv replied at 14-8-2017 03:36 PM
Dalam tu ada tandas ke? Kalau orang nak terkencing ke terberak ke macam mana?
4 jam tu.

Kencing dan berak shj lahh.. ape nak malu.. leluhur cina selamba je berak merata pas tuu trus pakai suar
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 03:39 PM | Show all posts
i is gayat

memang tak akan naik
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 14-8-2017 03:38 PM
Kencing dan berak shj lahh.. ape nak malu.. leluhur cina selamba je berak merata pas tuu trus paka ...

Itu orang China ya. Jangan samakan dengan orang Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 03:50 PM | Show all posts
39 orang dalam tu (termasuk 4 kanak-kanak).... ramai jugak tu....?
Jenuh pihak SCDF turunkan sorang sorang....
Awatlaa dorang tak sewa heli...

Agaknya apa lah pampasan "penumpang" tu semua dapat.... 4 jam lama tu...
dalam masa 4 jam.. boleh pegi attraction yang lain kat pulau tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 03:55 PM | Show all posts
nasib baik xde kecederaan
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
SecretLuv replied at 14-8-2017 03:43 PM
Itu orang China ya. Jangan samakan dengan orang Melayu.

I ckp pun khas utk leluhur acong.. so far mulayu mana ade berak merata kecuali org gilos
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.046169 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list