"Biasanya orang nampak saya banyak bergurau tetapi kali ini sangat berbeza."
Wah, biar betul Achey bakal muncul dengan watak serius! Bolehkah dia bawa watak serius?
Foto: IG Achey
Memetik Harian Metro, Achey akui pengalaman pertama membawa watak serius sangat mencabar. Pun begitu, ia tidak sesekali melemahkan semangat pelawak terbabit, sebaliknya dia akan genggam peluang itu sebaik mungkin.
Bergandingan dengan Tania Hudson sebagai wartawan menerusi filem Abang Long Fadil 2, Achey memegang watak seorang jurukamera yang serius.
“Dalam filem ini saya pegang watak jurukamera yang serius. Biasanya orang nampak saya banyak bergurau tetapi kali ini sangat berbeza.
“Walaupun kadangkala ‘terlepas’ saya cepat-cepat kawal keadaan supaya karakter ini tidak nampak kelakar. Syukur, Syafiq Yusof yang bertindak selaku pengarah filem ini banyak membantu mengawal gerak-geri saya agar lakonan tidak terbabas,“ katanya.
Selain itu, Achey turut bergandingan dengan barisan pelakon terkenal seperti Syamsul Yusof, Zizan Razak serta Wak Doyok dan mereka banyak membantunya dalam menghidupkan karakternya.
“Insya-Allah, jika diberi peluang saya mahu berlakon lagi. Tak kisahlah watak apa, pasti ia menyeronokkan,” ujarnya.
Foto: Harian Metro
Dengar cerita dia juga perlu menjayakan babak pergaduhan dalam gudang. Macam mana agaknya Achey bawa watak serius tu ya? Tak sabar rasanya nak serbu pawagam pada 24 Ogos ini! - CARI |