|
Edited by jointhecurse at 15-8-2017 02:02 PM
Jarak usia lapan tahun tidak menjadi halangan buat naib juara program realiti nyanyian Malaysian Idol musim 1 (MI2), Nita Hamzah, 37, untuk menerima cinta Mohd Fareez Shamsul Bahari, 29, menjadi teman hidupnya.
Apa yang lebih diutamakan oleh Nita atau Norhanita ialah restu ibu bapa dan keluarga. Katanya, dia berasa bertuah kerana ibu dan bapa Mohd Fareez merestui hubungan mereka.
"Saya dan Mohd Fareez berkenalan dan berkawan rapat lebih tiga tahun lalu. Terus-terang, saya sedar jarak perbezaan usia yang ketara di antara kami.
"Namun, saya terima kehadiran Mohd Fareez dalam hidup ini kerana sikap matang dirinya. Selain itu, dia juga seorang yang sangat mengambil berat dan bertanggungjawab.
Klik untuk gambar besar
"Malah, saya selesa dengan Mohd Fareez kerana dia terima diri saya sedanya. Ibu bapa dan keluarganya juga menerima saya dengan baik dalam keluarga mereka," katanya.
Pada tanggal 13 Ogos 2017 iaitu semalam, Nita telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan seorang pekerja syarikat swasta dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana.
Menerusi sebuah video di Facebook (FB) miliknya, beliau melahirkan rasa syukur kerana majlis pertunangan tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
"Alahamdulillah, semuanya telah selesai. Saya pun dah disarungkan cincin. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Hanya doa yang baik-baik sahaja saya harapkan daripada semua," ujarnya.
Dalam pada itu, Nita dan tunangnya mahu melangsungkan perkahwinan secepat mungkin.
"Kalau boleh memang tahun ini juga kami mahu berkahwin. Cuma dalam waktu sekarang hanya rancangan dahulu. Apapun saya berharap semua pihak mendoakan kebahagiaan kami," tuturnya.
Tahniah kami ucapkan kepada Nita yang kini tunangan Fareez dan semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke jenjang pelamin.
sumber
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|