|
Siapa yang tak kenal dengan filem aksi penuh debaran dan babak lasak, Mission: Impossible. Ironinya, pelakon utama filem berkenaan, Tom Cruise mengalami kecederaan ketika melakukan aksi 'mustahil' di loksai penggambaran.
Kejadian berlaku di Blackfriars, London, apabila Tom gagal mendarat dengan betul ketika melompat dari sebuah bangunan ke bangunan lain.
Menurut Metro.uk yang memetik The Sun, aktor berusia 55 tahun itu mengalami kecederaan (patah) di bahagian buku lalinya.
Menurut sumber, kecederaan dialami Tom lebih parah dari jangkaan awal. Tom mengalami kecederaan serius dan memerlukan masa beberapa bulan untuk sembuh.
Lantaran itu, pihak produksi memutuskan untuk menghentikan penggambaran selama empat bulan bagi memberi ruang kepada Tom untuk sembuh dari kecederaannya.
Mission: Impossible 6 arahan Christopher McQuarrie dijangka ditayangkan pada musim panas 2018, namun tarikh tayangannya dipercayai ditangguhkan sehingga sambutan Krismas ekoran insiden berkenaan.
Foto: Metro/WENN
Kalau tak salah, perkara sama berlaku kepada filem Maze Runner yang terpaksa ditangguhkan kerana pelakonnya, Dylan O'Brien mengalami kecederaan di set.
Foto: IMDb
Apapun, masih relevankah watak utama Mission Impossible dilakonkan Tom Cruise yang sudah berusia? - CARI |
|