View: 7276|Reply: 78
|
Sultan Mizan Memenangi Dua Pingat Emas Untuk Negara
[Copy link]
|
|
sumber : Berita Harian
Satu lagi berita baik dalam pungutan pingat emas buat kontinjen negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Ini kerana Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berjaya membantu skuad negara menambah koleksi emas selepas menjuarai kategori individu dalam acara endurance (kuda lasak) Sukan SEA ke-29 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu di Terengganu pagi tadi.
Baginda melengkapkan trek bagi acara 80 kilometer dengan catatan masa 3 jam 48 minit 38 saat.
Sultan Mizan yang menunggang kuda bernama RTES Annaversary mencatatkan jumlah purata kelajuan 20.994 kilometer sejam sekali gus melebur rekod lama yang dipegang Sulaiman Muda dalam temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar menerusi 6 jam 26 minit dan 04 saat.
Seorang lagi penunggang, Mohd. Bulkhari Rozali pula muncul naib johan dengan catatan masa 03:48:40.
Sebelum ini Sultan Mizan dilaporkan menarik diri daripada temasya itu kerana kudanya kurang cergas untuk bertanding dalam acara kuda lasak tersebut.
sumber : Malaysiakini
Manakala satu lagi emas disumbang dalam kategori berkumpulan menerusi Mohammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah dan Mohd. Adhwa Embong dengan catatan masa 11 jam 31 minit dan 30 saat.
Antara pasukan yang mengambil bahagian dalam acara tersebut iaitu Thailand, Singapura, Kemboja, Brunei dan Malaysia.
Setakat ini, negara kita kekal menduduki di tangga teratas dalam senarai pungutan pingat secara keseluruhan dengan memiliki 10 emas, 9 perak dan 8 gangsa. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat tuanku. Ada gak sumbangan peribadi beliau utk negara |
|
|
|
|
|
|
|
rasa kelakar pulak bila tau nama betul beliau baru ku tahu rupanya nama2 sultan/raja yang sedia ada ni bukanlah nama sebenar mereka...mungkin ada yang nama betul lah kot |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat Tuanku..... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nama sebenar baginda?
|
|
|
|
|
|
|
|
biaq betuii
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie: Mohd. Adhwa Embong
I pn curious
Tahniah Tuanku Sultan |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 20-8-2017 03:54 PM
rasa kelakar pulak bila tau nama betul beliau baru ku tahu rupanya nama2 sultan/raja yang s ...
Nama permaisuri terengganu tu pun bkn nama sebenar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Levespa at 20-8-2017 08:39 AM
hyie replied at 20-8-2017 07:54 AM
rasa kelakar pulak bila tau nama betul beliau baru ku tahu rupanya nama2 sultan/raja yang s ...
Mohamad Adhwa tu nama penunggang negara sorang lagi la you |
|
|
|
|
|
|
|
Wah tahniah. Unique betul nama kudanya Annaversary |
|
|
|
|
|
|
|
Kj boleh dpt gold medal x nnt? |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 20-8-2017 04:25 PM
Atas tu nama lg sorg penunggang. Nama sultan sebenar Mizan Bin Zainal Abidin. Apo lah |
|
|
|
|
|
|
|
hebat tungku.. happylah set2 kepok lekor |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 20-8-2017 04:25 PM
Dah sah2 nama adhwa tu nama athlete lain duhh |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tahan bodoh juga kau ni ya. sesuai lah dengan avvy yang kau pakai itu. win sgt2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|