CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3496|Reply: 5

Sis Malu Kulit Leher Kering, Kusam? Boleh Cuba Cara Ini!

[Copy link]
Post time 25-8-2017 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Kebanyakan wanita sememangnya mengutamakan penjagaan dan kecantikan kulit. Namun, seringkali mengabaikan penjagaan kulit pada bahagian leher.


Jika anda menyangka orang hanya akan melihat pada wajah sahaja, anda salah kerana bahagian leher turut perlu diberi perhatian agar kulit di bahagian ini tegang, lembut dan halus.




Foto: http://jadibersih.com




Tak mahulah nanti orang tengok muka sahaja yang cantik, tetapi kulit leher kusam, hitam dan kasar bersisik, kan?


Stylecraze.com berkongsi cara untuk mencerahkan kulit leher secara semula jadi. Jom usyar caranya!



Bahan:
1 biji limau nipis, diperah jusnya
1 sudu teh garam
Kapas
Air hangat




Foto: StyleCraze





Caranya:
1. Campur jus limau dan garam dalam mangkuk dan kacau rata
2. Celup kapas ke dalam campuran limau, oles pada kulit leher dan gosok dengan lembut secara menyeluruh
3. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air hangat sehingga bersih




Untuk mendapatkan hasil yang lebih ketara, amalkan tip ini sekali seminggu. Selain itu, jangan lupa sapu pelembab muka selepas melakukan perawatan ini bagi mengelakkan iritasi.




Foto: The Global Beauty Group




Cara yang mudah, tapi tak semua orang akan mendapatkan kesan yang sama kerana setiap tubuh memiliki tindak balas berbeza. Apapun, tak salah mencuba kan? Semoga bermanfaat buat anda. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tq 4 the tips....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai pernah gne air limau ni sapu2 kt leher...tapi lps tu rase gatal2..kalau ltk kt kepala ok,rase sejuk je kepala,bersih kulit kepala..tp tmpt lain ai xley laa kot...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 10:59 AM | Show all posts
sape yg dh cuba ? ok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 10:13 AM | Show all posts
x kering kulit leher, tp leher jenis berlipat2 . haha tu mcmn nak hilangkan ek? (i x gemok)
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 05:34 PM | Show all posts
i guna african black soap... berkesan juga
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.327993 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list