CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24984|Reply: 163

[Tempatan] Berebut anak punya pasal...

[Copy link]
Post time 30-8-2017 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TINDAKAN lelaki mengejar bekas isterinya dengan kereta dipercayai akibat masalah perebutan anak menyebabkan kejadian lebih buruk apabila kereta dipandu mereka terbabit kemalangan yang turut menyebabkan sebuah lagi kereta dirempuh di Titi Gajah, Alor Setar, hari ini.

Dalam kejadian 2 petang itu, Jafrul Nizam Jaafar, 38, bekas isteri, Marziana Mahadzir, 37, anak mereka, Muhammad Mikhail Jafrul Nizam, 5, dan pemandu kereta lain, Faizal Baharom, 36, cedera parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku dari Titi Gajah menghala ke Kepala Batas.


Beliau berkata, keterangan orang awam memberitahu ia berpunca apabila Perodua Myvi dipandu Jafrul mengejar Perodua Myvi dipandu bekas isterinya.

Menurutnya, lelaki itu kemudian menghimpit kereta bekas isterinya di sebelah kanan menyebabkan ia terbabas ke pembahagi jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

"Kereta lelaki itu turut hilang kawalan dan merempuh sebuah Proton Saga FLX menyebabkan kereta itu terbalik dan merintangi jalan sementara Perodua Myvi itu terbabas di sebelah kiri sebelum merempuh pagar Kuarters Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan," katanya.

Yazri berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Proton Saga FLX remuk teruk selepas dirempuh Perodua Myvi emas dalam kejadian kemalangan di Titi Gajah, Alor Setar.

Kereta Proton Myvi emas yang merempuh pagar Kuarters Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum terbabas akibat mengejar kereta Perodua Myvi hitam selain turut merempuh Proton Saga FLX di Titi Gajah, Alor Setar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2017 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila emosi dah menguasai diri. Akal jadi tak waras. Mereput la ko jantan
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Gosh.. dah kenapa nak buat aksi fast and furious pulak. si lelaki tu siap himpit kereta lagi. Insane!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
berebut anak tapi bahayakan anak dalam kete


aku tak paham la level mana bodoh beliau ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Disbbkn kebodohan lakibini ni org lain yang tak bersalah pun jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa bodohya tindakan bapak tu
Himpit2 sampai eksiden, kot mati terus ank yg direbutkan, baru padan muka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2017 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
elok mati lah jafrul nizam whatever neh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
berebut raya kampung sapa kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2017 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..Kesian pemandu saga tu..Harap selamat la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu org ckp lelaki bkn nak sgt jaga anak tu, tapi lebih kpd nak balas dendam kpd bekas isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Cilaka lah kau jafrul.....

Sanggup himpit keta ex wife sedangkn anak kau dlm tu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Driver saga dan ex wife, sila saman jantan tu sampai tinggal spender...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
umur masing masing dah tua tapi berfikiran mcm kanak2 yg belum mumaiyiz, yg akan berjejar kejaran bila berebutkan barang mainan
asbab kebodohan korang, tak memasal anak sendiri & seorg pangguna jalanraya lain turut tertimpa musibah
nilah yg org kampung aku kata, small small dont want to die. then grow up, trouble other people:
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bod** nyer bapak
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2017 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape punya bapak tak fikir pasal keselamatan anak. Penting diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2017 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape punya bapak tak fikir pasal keselamatan anak. Penting diri sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2017 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah..org tak besalah jadi mangsa..anak yg x tau apa2..tolongla sapa sedara mangkuk 2 ekor nii..hantuk kepala masing2! Omaigod..kenot hadam
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2017 12:19 AM | Show all posts
Yg cedra parah tu pun mungkin ada anak bini nak dibagi makan..hg p langgaq pulak! Haiyohhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2017 12:21 AM | Show all posts
seolah2 beginilah kannn


"aku yg pancut  ko pula nak  pecuttt"

"hoiii aku yg meneran   ko pula nak  ambil"


kedua2nya mrk disahkan gila.


Terlupakah kpd momen indah dimana  anak  yg direbutkan itu baru nak menjadi ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2017 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua beraya kat hospital. Malangnya org yg tak berkenaan pun turut beraya kat hosp.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.079282 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list