CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1111|Reply: 9

Raih Pingat Emas Ke-145, Malaysia Muncul Juara Keseluruhan Sukan SEA 2017

[Copy link]
Post time 31-8-2017 08:49 AM | Show all posts |Read mode


sumber : Berita Harian



Syabas dan tahniah buat kontinjen negara kita kerana berjaya meraih sebanyak 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 tahun ini, sekaligus Malaysia menjulang gelaran negara sukan terbaik di rantau Asia Tenggara.


Pingat emas ke-145 Malaysia dan emas terakhir sukan itu dimenangi oleh pasukan peluncur laju negara yang dianggotai Wong De-Vin, Ariff Rasydan Fadzli, Hazim Shahrum dan Khairil Ridhwan Khalil membiarkan Singapura terpaksa berpuas hati di tempat kedua.


Memetik laporan Berita Harian, dengan jumlah keseluruhan 323 medal, temasya kali ini merupakan permainan terbaik Malaysia dalam sejarah Sukan SEA.


sumber : Berita Harian



Sementara itu, ketika berucap pada majlis penutup KL2017 serta Ambang Kemerdekaan Ke-60 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kejayaan Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) umpama mimpi menjadi kenyataan.


Jelas Perdana Menteri, negara bukan saja meraikan dua kejayaan, sebaliknya tiga kejayaan yang cukup bermakna.

"Ada orang kata sambutan ini membawa dua kegembiraan, iaitu pertama Malaysia menjadi hos temasya Sukan SEA ke-29 dan kedua kita menyambut sambutan ke-60 tahun kemerdekaan."

"Tetapi sebenarnya bukan kejayaan berganda, tetapi tiga kejayaan, kerana apa?... kerana Malaysia dijulang sebagai juara keseluruhan Sukan SEA dengan meraih 145 pingat emas daripada 404 yang dipertandingkan."


Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak termasuk persatuan sukan kebangsaan dan barisan atlet negara yang mempamerkan pencapaian cemerlang itu.- CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2017 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana indon2 dan siam2 hanat yg tak puas hati iteww??
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2017 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa pun selamat hari merdeka uolss..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2017 09:32 AM | Show all posts
eeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... gediknyaaaa diaaaaaaa....


Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2017 11:06 AM | Show all posts
Congrats Malaysia!
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2017 01:37 PM | Show all posts
acara penutup semalam xder bunga api ek?

ada siapa2 pergi bukit jalil x?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2017 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Selamat hari merdeka!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated: acara penutup semalam xder bunga api ek?ada siapa2 pergi bukit jalil x?


Ada.. Tp dh hujung2 lps pukul 12.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2017 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hatap berterusan la.. Jgn jd juara time buat kt msia je..
Kalu buat kt negara lain dpt no 2 belakang tuan rumah pon dh ok.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
{:hooray

https://www.facebook.com/JKRRoadrunners/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.045054 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list