CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1876|Reply: 9

Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun Dilantik Sebagai KPN Baharu

[Copy link]
Post time 4-9-2017 03:19 PM | Show all posts |Read mode


sumber : Berita Harian





Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik menjadi Ketua Polis Negara ke-11 menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib hari ini.


Pengumuman itu dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika majlis serah terima tugas Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu kota hari ini.


Memetik laporan Bernama, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu adalah keputusan kerajaan yang dibuat menerusi Suruhanjaya Pasukan Polis.


Tambah beliau, soal siapa yang akan menyandang beberapa jabatan di Bukit Aman akan juga diputuskan oleh pihak suruhanjaya sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda.


Persoalan itu tidak harus dijadikan spekulasi kerana Perkenan Yang di-Pertuan Agong merupakan suatu yang mutlak atas nasihat Perdana Menteri, jelasnya.


Mohamad Fuzi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi pernah menyandang pelbagai jawatan dalam PDRM.


Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2017 03:21 PM | Show all posts
ada cerita di sebalik cerita ka?....



tanya ja


Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2017 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah fuzi...  Perangi teroris melayu habis habisan.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2017 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Congratulation to the new kpd
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2017 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat menjalankan tugas
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2017 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
So apa tweethandle ipg baru?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2017 09:49 AM | Show all posts
tahniah... semoga dpt menjalankan tugas dgn tulus dan amanah
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 01:01 PM | Show all posts
Kenapa TKPN tak naik pangkat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2017 02:08 PM | Show all posts
Tahniah Tan Sri Khalid Abu Bakar. lepas pencen trus dpt jd Pengerusi PRASARANA
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 02:19 PM | Show all posts
haritu ada baca satu komen ni, dia kata muka KPN baru ni sesuai sangat jadi perisik, soh undercover  jadi penjual ikan ke, penjual sayur,  hahaha bila tengok betul2 pastu imagine kelakar plak. pokcik2.. apapun selamat menjalankan tugas dengan telus dan amanah sesuai dengan visi PDRM. pi tangkap MO1.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.042841 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list