CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10982|Reply: 66

Rahsia kejayaan Haji Nabil adalah bersedekah, dari gaji RM600 tiba-tiba jadi RM5

[Copy link]
Post time 5-9-2017 11:48 AM | Show all posts |Read mode




Lumpur: Pelawak popular Nabil Ahmad gembira apabila video berjudul Dari Gaji RM600 ke RM50,000 tular di laman Internet sejak empat hari lalu.

Nabil berkata, video berdurasi 16 minit itu memaparkan dia berkongsi rahsia kejayaan dalam hidup dengan amalan sedekah dan membantu golongan kurang bernasib baik.

“Kalau nak tahu video ini dirakam tiga tahun lalu, tetapi saya pelik kenapa baru sekarang ia dimuat naik ke YouTube. Bagaimanapun, saya okey saja kerana apa yang dikongsi itu perkara baik dan bermanfaat untuk semua.


“Banyak yang ‘tweet’ di laman Twitter memuji perkongsian saya ini. Tidak dinafikan ada juga yang mengkrtitik kononnya saya sengaja menunjuk-nunjuk dan bersikap riak.

“Apa yang saya kongsi ini jujur dari hati. Orang tanya jadi saya jawab. Dalam masa sama, saya mahu didik orang ramai supaya sentiasa beringat. Bersedekah bukan ketika kita senang saja, tetapi bila-bila masa,” katanya.

Nabil menjelaskan, perkongsian mengenai jumlah pendapatan itu memang benar-benar berlaku dan bukan rekaan.

“Sekiranya saya tak berkongsi hal ini, sudah tentu video ini tidak menarik perhatian. Tajuk yang digunakan memainkan peranan.

“Saya tidak kisah ia tular. Saya bukan kongsi perkara tidak baik. Malah, setiap kali saya ceramah motivasi, perkara pertama saya kongsi adalah mengenai kejayaan,” katanya.

Mengulas lanjut kritikan segelintir pengguna laman sosial yang mempertikai niatnya, Nabil berkata dia melihat perkara itu secara positif.

“Saya beri ilmu percuma pun orang kata saya riak. Sedangkan ada yang berkongsi pengalaman dengan bayaran, tiada sesiapa pula kritik.

“Sedangkan mereka juga menyatakan jumlah pendapatan yang jauh lebih banyak daripada saya. Jadi apa beza saya dengan mereka,” katanya.

Nabil berkata, sikap ibunya yang suka bersedekah membuatkan dia turut melakukan perkara sama sejak kecil lagi.

Malah dalam video itu, Nabil berkongsi dia pernah membantu seorang lelaki tua dengan memberikan RM1 meski ketika itu dalam tangannya cuma ada RM2.
“Kita tidak pernah tahu siapa gerangan orang dibantu. Jadi tidak perlu berkira atau memilih. Kalau kita rasa orang susah berkenaan lebih memerlukan, tidak salah membantu.

“Saya selalu perhati apa mak buat. Sedangkan kalau ikutkan keluarga saya dulu juga susah. Namun mak tidak pernah berkira,” katanya.








Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2017 @ 5:51 AM


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2017 11:53 AM | Show all posts
Nabil ni bukan asal keluarga susah kan. Bukan mak heols cikgu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 11:57 AM | Show all posts
cikgu aku penah pesan kalau kita nak jadi positif dan lebih baik...jgn tengok sape yang bercakap...tapi dengar apa yang dicakap...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 12:17 PM | Show all posts
vanillaninja replied at 5-9-2017 11:53 AM
Nabil ni bukan asal keluarga susah kan. Bukan mak heols cikgu ke?

aah cikgu english.sbb tu hauk2 nabil bole gak dia speaking now dh improve byk
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 12:21 PM | Show all posts
50 ribu sebulan? biar betul?

aku ini penatlah 4 tahun ulang alik naik bas nak genggam ijazah tetap gaji tak banyak macam tu...
engkau buat lawak bodoh tak menjadi pun dapat cekup 50 ribu sebulan....

rezeki tuhan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 12:22 PM | Show all posts
bagus la byk sedekah.aku tengok org2 tua yg aku kenal kemut sungguh duit even nk sedekah kt masjid pun ada la baper hengget je.bukan tk berduit ye bole beli kete cash tu.. even org kg klu check buku akaun berpuluh2 ribu ada beratus ribu.dh tu nk belanja utk diri sendiri pn kedekut.dgn anak2 sndri pun berkira.aku pikir umur dh 70,80 baik la duit yg byk tu diinfak dpt pahala.esok mati abis mcm tu je duit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2017 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul, banyak bersedekah , makanya rezeki akn mencurah2....

Tapi disebabkan mende ni kluar dr bang bil si mulut lepas & suka buat lawak bodo piang lately ni, iolls tade laa respect mane pun...biase jeeeee...*korek hidung*

Mende standard..banyak bersedekah, murahlaaa rezekinyaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 12:33 PM | Show all posts
ok..so?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2017 12:41 PM | Show all posts
helicornia replied at 5-9-2017 04:17 AM
aah cikgu english.sbb tu hauk2 nabil bole gak dia speaking now dh improve byk

oooo patutlar lancar je speaking dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk someone yg takde proper education and asal merempit boleh dpt income mcm tu mmg something yg extraordinary la. Sbb kita dah biasa disogok dgn mindset kena belajar tinggi2 nnt kerja elok pangkat besar gaji besar. Tp sebenarnya zaman sekarang dah lain, semua kat hujung jari je so takde dah belajar tinggi gaji besar ni. Ramai skrg cari rezeki through social media je especially yg buat business. Kena adapt lah dgn current trend. So tak kisahlah asal dia mcm mana tp kalau he's got something good to share kita amik positif jela. Yg negatif buang tepi
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ladyflower: cikgu aku penah pesan kalau kita nak jadi positif dan lebih baik...jgn tengok sape yang bercakap...tapi dengar apa yang dicakap...


Spot on {:good
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyway cantiknya wife dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 12:28 PM | Show all posts
helicornia replied at 5-9-2017 12:17 PM
aah cikgu english.sbb tu hauk2 nabil bole gak dia speaking now dh improve byk

mak dia cikgu tadika je kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 12:29 PM | Show all posts
nak gaji banyak, kena rajin berusaha.

kalau berani, jadilah personaliti tersohor.

ditambahkan dengan kelulusan, barulah masyuk.

jangan pula mengeluh, ada kelulusan tapi gaji hauk.

what do you expect, org makan gaji memang tak banyak pun...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 12:39 PM | Show all posts
moonbug replied at 7-9-2017 12:23 PM
Anyway cantiknya wife dia

wife mmg cantik tapi lagi cantik klu tutup aurat...
dah 2 kali pergi umrah...suami dah pergi haji
tapi kepala tak bertutup jugak....
suami ketua keluarga perlu tegur isteri
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 5-9-2017 11:53 AM
Nabil ni bukan asal keluarga susah kan. Bukan mak heols cikgu ke?

laaa, iols ingtkan mak dia xberkerja. .uish, tertipu laa iols tengok c nabil ni, deii. .sngkakan sejenis idup ssh. .kalau mcm tu lg ssh c shuib laa kan. .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2017 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedekah, jaga mak ayah tu formula dia berjaya.. Lagi bagus kalau dapat jaga molot dengan hati tu hajibil
#donedakwah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 01:35 PM | Show all posts
ok bambill

nak sikit duit

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 02:22 PM | Show all posts
~boolean replied at 5-9-2017 12:21 PM
50 ribu sebulan? biar betul?

aku ini penatlah 4 tahun ulang alik naik bas nak genggam ijazah teta ...

kadang2 kita mmg lagi senang compare diri kita dgn org lain..
org lain senang2 je jadi kaya...
kita gigiih usaha belajar kerja nak beli kereta cash pon belum tentu mampu.

tapi begitula bila duk atas dunia.
ada yg dpt lebih ada yg dpt sket.
rezeki semuanya dr tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 02:23 PM | Show all posts
biasa la public figure, income mmg mahsyuk.
setakat ada degree, master, phd bagai.
tapi keje still makan gaji, tak yah la mimpi nak dapat 50k sebulan.

ada apek tua, membaca pun tak pandai.
sign pun guna cop jari jer.
tapi income puluh ribu sebulan. dia bisnes jual ayam daging.
student belajar oversea pun berenti kerja buat bisnes jual ayam.
dapat inspirasi dari apek ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.053664 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list