"Saya sangat terkejut secara tiba-tiba wajah Neelofa muncul
ketika saya sedang berdoa sambil menyentuh Multazam."
Eh, eh! Dengar cerita, Neelofa berjodohan dengan ahi perniagaan. Betulkah ni?
Foto: IG Neelofa
Memetik mStar Online, Izdihar Rosland, 31, terbayangkan wajah selebriti terkenal Neelofa ketika sedang berdoa di Multazam semasa menunaikan ibadah Umrah di Makkah. Apa lagi, terkejutlah dia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Fabulous Sdn Bhd itu, kejadian berkenaan berlaku tiga tahun lalu sebelum dia mengenali aktres terbabit.
"Kejadian ini terjadi pada tiga tahun lalu. Masa itu saya pergi umrah untuk bawa diri sebab perniagaan minyak yang saya usahakan mengalami masalah.
"Jadi, tujuan saya ke sana untuk berdoa meminta hidayah. Tak sangka pula, wajah Lofa yang muncul.
"Tak sangka bayangan tersebut adalah petanda Neelofa jodoh saya. Tapi bukan jodoh kami berkahwin. Jodoh bekerjasama dalam bisnes produk keluaran syarikat saya.
"Selepas daripada itu, saya ada hubungi Neelofa untuk membuat ulasan produk saya di Instagramnya.
"Manakala pada awal tahun ini, saya melantiknya sebagai duta untuk produk Chew N. Glow keluaran syarikat saya," ujarnya kepada mStar Online.
Foto: mStar Online
Wah, mesti Neelofa teruja dengan kisah Izdihar itu kan? Bagaimanapun, Neelofa menerima tawaran sebagai duta produk terbabit bukan kerana kisah tersebut.
"Saya dapat tahu tentang kisah dia terbayang wajah saya selepas terima tawaran menjadi duta produknya.
"Ketika itu, saya sedang menjalani penggambaran fotografi untuk produk Chew N' Glow. Alhamdulillah, saya sendiri dah cuba produk itu dan hasilnya memang bagus.
"Sebab itu saya terima tawarannya. Bukan disebabkan cerita yang dikongsinya," kata Neelofa.
Foto: IG Neelofa
Ingatkan Neelofa dah nak menamatkan zaman bujangnya. Sekali bertemu jodoh untuk bekerjasama dalam bisnes saja. Semoga Lofa terus berjaya dan cepat-cepat bertemu jodoh hendaknya. - CARI |